Liga Super - Terengganu Lwn Johor Fc PDF Print E-mail
Written by AR   
Tuesday, 26 May 2009 14:59

 

manaf_fc

TERENGGANU VS JOHOR FC

STDM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

8.45 MLM , 26HB MEI 2009

Preview Perlawanan

Selepas mencatat kemenangan mengejut ke atas pendahulu liga sebelum ini, iaitu pasukan Perlis di Kangar, kini pasukan Terengganu ingin mencipta kemenangan ke atas pelawat Johor FC yang telah membuat penyokong Penyu berputih mata di Stadium JCorp, Pasir Gudang minggu lepas.

Ianya bukan suatu tugas yang mudah kerana Johor FC ingin terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta Liga Super. Ketiadaan kapten Marzuki Yusof yang menjalani penggantungan dua perlawanan selepas dikenakan kad merah di Pasir Gudang pasti akan menyebabkan penyokong Terengganu berasa gusar, namun persembahan 'Man of the Match' Azlan Ismail di Kangar tempoh hari pasti memberi keyakinan kepada barisan pertahanan tuan rumah.

Malangnya tidak cukup dengan itu, Ken Worden terpaksa melakukan rombakan sekali lagi apabila pemain pertahanan Hariri Mohamad Safii terpaksa menonton di tepi padang kerana digantung satu perlawanan selepas menerima kad kuning ketika bertemu dengan Perlis baru-baru ini.

Untuk memenuhi syarat pemain bawah dua puluh tahun, kemungkinan Worden akan menurunkan Mohamad Shazlan Alias atau Mohamad Saufi dalam kesebelasan permulaannya. Kelibat pemain lincah dan kreatif Ismail Faruqi masih lagi jauh dari mencapai kecergasan sepenuhnya dan ini tidak memberi banyak pilihan kepada Worden dalam mencari seseorang yang boleh membuka kunci pertahanan Johor FC.

Perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini pasti akan menarik perhatian ramai penyokong Terengganu yang ingin melihat suatu persembahan menarik dan bersemangat dari para pemain di samping mengutip tiga lagi mata untuk cuba menduduki posisi yang lebih baik dalam carta Liga Super 2009.

Kepada pasukan Terengganu, Selamat Berjuang!
Kami sentiasa bersamamu!

GANU MEMANG NELANG!