| Berita Bolasepak Terengganu |
|
|
|
| Written by GSN Press |
| Tuesday, 19 May 2009 11:03 |
|
Rangkuman Laporan Keputusan Perlawanan Bolasepak Melibatkan Pasukan Terengganu
16/5/09 - Keputusan Liga Super - Johor fc ( 3 ) vs Terengganu (0) Terengganu gagal mengekalkan rekod kemenangan yang dicipta keatas pasukan N.Sembilan tempohari apabila tunduk lesu kepada pasukan rumah di Pasir Gudang pada hari sabtu lalu. Terengganu menurunkan barisan hampir serupa ketika berdepan pasukan sang rusa kecuali penjaga gol , Sarbinee Alwi yang cedera dan digantikan oleh penjaga gol ke-2 iaitu Zairie. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun agak perlahan serta berhati-hati dalam merencana taktikal pasukan masing-masing .Agak malang misi pasukan pelawat mencuri satu mata di kandang lawan terencat dek keputusan pengadil melayangkan kad merah yang kontrovesi keatas kapten Terengganu iaitu Marzuki Yusof kerana didakwa meminjak kepala pemain Johor Fc , para pemain Terengganu cuba membuat bantahan tetapi tidak dilayan. Ketiadaan Marzuki yang sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan yang lalu sedikit sebanyak merunsingkan Ken Worden kerana bimbang bahagian pertahanan akan menjadi lemah. Untuk itu , Ken Worden telah melakukan tindakan drastik dengan mengarahkan Azlan Ismail mengambil tempat Marzuki di posisi pertahanan tengah setelah beraksi 20 minit diposisi hadapan bersama Wan Aliff Jasmin. Selepas itu Wan Aliff menjadi penyerang solo dibarisan depan. Johor fc cuba mengasak tetapi pertahanan Terengganu kemas mengawal asakan lawan dan sesekali melakukan serangan kilat melalui Ashari dan Abd Manaf namun ketumpulan penyudah menafikan cubaan membahaya dari Terengganu. Kedudukan terikat 0-0 hingga wisel penamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua , Johor fc meningkatkan tempoh serangan dan hasilnya memperolehi gol minit 60 , minit 75 dan minit 80. Prestasi pemain Terengganu terus merundum hingga wisel penamat dibunyikan
15/5/09 - Liga Presiden - T-Team ( 6 ) v ATM (0) Pasukan presiden t-team terus mengukuhkan kedudukan mereka di kumpulan A untuk mendapatkan tempat yang selamat dalam peringkat suku akhir nanti. ATM menjadi mangsa mereka seterusnya apabila membenam lawan dengan jaringan 6-0 tanpa balas
16/5/09 - Liga Remaja Kebangsaan dan Liga Menteri Pelajaran
U17 - Sabah ( 1) v Terengganu (2) Terengganu layak ke peringkat separuh akhir apabila berjaya mencuri 3 mata ditempat lawan didalam perlawanan terakhir mereka di peringkat liga kumpulan B. Gol kemenangan diperolehi hasil sepakan penalti dimasa kecederaan.
U14- Sabah (0) v Terenganu (0) Cerita agak berbeza didalam skuad bawah 14 tahun apabila mereka gagal dihujung saingan untuk mendapatkan slot ke semifinal apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang sabah tempohari . Pasukan ini mempamerkan aksi konsisten diawal liga namun agak tenggelam dihujung saingan.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
- lori




