| Liga Super 2009 - Terengganu vs N.Sembilan |
|
|
|
| Written by GSN Press |
| Tuesday, 05 May 2009 18:26 |
|
Azlan Ismail diberi tugasan untuk merobek gawang gol Sang Rusa yang masih ceria menikmati kemenangan keatas Kelantan tempohari. Azlan yang kini mengdahului senarai penjaring gol terbanyak liga super iaitu dengan 9 gol telah berjanji kepada pengurusan dan rakan pasukan untuk berusaha bersugguh-sungguh untuk mendapatkan gol awal dan memberi tekanan kepada pelawat. Tiga mata berharga harus berjaya dikutip pada malam ini untuk terus memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan hebat yang berada ditangga lebih tinggi daripada mereka. Diharap semua pemain telah pulih dari kekecewaan di Shah Alam dan bangkit mempamer aksi positif dihadapan penonton sendiri pada malam ini. |



