| Penukaran Sementara Venue Perlawanan Liga Super |
|
|
|
| Written by GSN Press |
| Monday, 27 April 2009 17:40 |
|
PASUKAN LIGA SUPER TERENGGANU KEMBALI BERAKSI DI STADIUM LAMA BERKUATKUASA SERTA MERTA 27 April , K.Terengganu , Pihak pengurusan persatuan bolasepak Terengganu ( PBSNT) telah mendapat lampu hijau daripada FAM untuk memindahkan sementara lokasi perlawanan tuan rumah ke stadium lama mereka iaitu Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah yang berkuatkuasa serta merta. Pasukan Liga Super Terengganu yang sekarang ini beraksi di stadium baru iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Gong Badak terpaksa melakukan perubahan drastik ini kerana faktor keselamatan dan kutipan tiket yang amat mendukacitakan. Berita perpindahan ini telah diberi kelulusan oleh FAM pada hari semalam selepas diputuskan dalam mesyuarat melibatkan pegawai PBSNT dan pihak FAM. Pihak PBSNT membuat aduan menyatakan ramai penonton memasuki stadium tanpa membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak , kebanyakkan mereka menggunakan helah memasuki menerusi pintu utama untuk ke pusat boling selain memanjat tembok stadium. Pihak PBSNT merayu kepada pihak pengurusan stadium supaya meningkatkan lagi kualiti keselamatan stadium kearah yang lebih baik. Faktor kedua ialah kutipan tiket yang amat merosot walaupun ramai penonton hadir ke stadium. Ini jelas sekali apabila melibatkan perlawanan hangat diantara Terengganu menentang Kedah tempohari dimana anggaran penonton yang hadir melebihi 5000 orang namun hasil tiket yang diperolehi dalam 3000 orang sahaja. Ini amat merisaukan pihak PBSNT yang bergantung harap kepada kutipan tiket untuk menampung operasi persatuan. Pihak PBSNT telah menulis surat kepada pihak kerajaan negeri yang bertindak mengawasi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merayu kepada pihak kerajaan untuk bertindak dengan kadar segera dalam menyelesaikan masalah ini. Pihak PBSNT tidak memaklumkan tempoh berapa lama mereka akan beraksi di stadium lama kerana segalanya bergantung kepada tindakan pihak kerajaan negeri mengambil tindakan susulan ini. Jika masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas maka dalam tempoh yang singkat , perlawanan melibatkan liga super Terengganu akan kembali ke stadium baru. Pihak GanuSoccer akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. Layarilah laman web bolasepak Terengganu ini sepanjang masa dimana jua anda berada. Kami membekalkan berita yang terkini , tepat dan berinformasi.
|



