Liga Super 2009 PDF Print E-mail
Written by terraadvertising   
Tuesday, 31 March 2009 08:30

LIGA SUPER 2009

TERENGGANU lwn SELANGOR


31 MAC 2009
STD.SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, GONG BADAK
8.45 MALAM



TEKAD SANG PENYU

Terengganu turun malam ini dengan satu tekad, menumbangkan pendahaulu liga super, Selangor.Dengan prestasi yang kian meningkat, anak-anak buah Ken Worden sudah pasti akan memberi tentangan sengit kepada barisan K.Devan sekaligus memungut 3 lagi mata berharga untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.Segar dengan kemenangan 3-0 keatas Pahang minggu lalu, barisan terbaik yang akan turun malam ini akan menjadikan Selangor mangsa terbaru mereka.Walaupun Selangor dilihat cukup gah di persada liga, namun pemain-pemain Terengganu tidak gentar malah cukup bersedia menghadapi tentangan dari barisan yang dikatakan ampuh milik K.Devan.Apa yang pasti pertarungan malam ini sudah pastinya sengit dan mereka yang membuat kesilapan pasti akan menerima padah.
Azlan Ismail sekali lagi dipertaruhkan untuk mencetak gol untuk Terengganu setelah meledakkan 6 gol setakat ini.Rakan gandingannya sudah pasti milik anak muda yang cukup berkesan bersama skuad Presiden Terengganu.Dua gandingan ini akan memberi masalah kepada benteng berpengalaman Selangor, Khairul Anuar Baharom.Gandingan dua pemain yang agak berpengalaman di barisan tengah sudah pasti memberikan gerakan-gerakan menarik untuk disempurnakan oleh barisan hadapan.Manakala dua pemain sayap kiri dan kanan yang laju dan lincah menjadi pertaruhan jurulatih dari Austaralia itu untuk menjanakan gerakan dari tepi.Manakala barisan benteng yang tidak perlu dipertikaikan lagi sememangnya menjadi tugasan penting kapten pasukan bersama-sama dengan rakan-rakan gandingannya untuk mengekang pergerakan Amri Yahyah dan juga Safee Sali.Walaupun mereka datang dengan reputasi yang cukup tinggi, namun prestasi diatas padang akan menjadi penentu.
Harapan daripada penyokong2 Terengganu malam ini adalah untuk melihat kebangkitan semula sang penyu ke landasan yang terbaik sekaligus memungut 3 mata berharga.Walaupun rekod pertemuan Terengganu-Selangor lebih memihak kepada Gergasi Merah itu, namun itu bukanlah sandaran.Terengganu sudah pasti bermatian untuk mencari 3 mata berharga.
Pemain-pemain Terengganu melontarkan keazaman dan tekad, Selangor harus ditundukkan.Mereka yakin, mereka akan turun dengan aksi yang terbaik dan sekaligus memusnahkan impian Selangor.
Terengganu malam ini adalah Terengganu yang akan menggegarkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ayuh, wira-wira Terengganu, turunlah dengan keazaman dan keyakinan yang tinggi.Turunlah dengan berbekalkan semangat Megat Panji Alam.Turunlah dengan tekad yang membara.Turunlah berazimatkan kecekalan Hj Abdul Rahman Limbong dan turunlah dengan persembahan terpuji.Turun dan beri cabaran yang jitu dan kautlah 3 mata berharga malam ini.

Ayuh wira-wira sokongan Terengganu,kumpulkan semangat anda untuk diberikan kepada askar-askar yang berjuang.Sorakan padu daripada anda yang mereka harapkan.Marilah beramai-ramai malam ini,ombak besar bakal melanda SSMZA malam ini.