Liga Super 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 11 February 2009 03:23

UJIAN SULUNG WORDEN

K.Trg - Pertemuan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Liga Super malam esok merupakan ujian sulung bagi jurulatih baru Terengganu, Ken Worden, yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Terengganu kira-kira dua minggu lepas.Kehadiran Worden memperlihatkan betapa seriusnya persatuan untuk menaikkan semula pasukan Terengganu setelah hanya mampu memungut 3 mata hasil daripada 4 perlawanan.Tempoh rehat hampir dua minggu membolehkan Worden mengenali corak permainan para pemainnya sebelum membuat pilihan pemain-pemain barisan utama yang akan turun dalam perlawanan sebenar.

Worden yang pernah melatih skuad kebangsaan suatu ketika dulu menyedari bahawa bukan tugas mudah untuk mengembalikan skuad Terengganu ke landasan kejayaan namun sikap tidak pernah kenal lelah serta daya usaha yang tinggi yang ditunjukkan oleh para pemainnya, tidak mustahil Terengganu mampu muncul sebagai sebuah pasukan yang digeruni dalam persaingan Liga Super musim ini.Walaupun begitu,beliau perlu bekerja keras dalam memberikan tunjuk ajar kepada semua pemain-pemainnya serta mengubah posisi para pemain yang difikirkan perlu demi kebaikan pasukan

Ken Worden turut memuji pemain-pemain Terengganu yang begitu komited dalam menjalankan tugas mereka sebagai pemain dan mereka bersaing secara sihat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Menyentuh perlawanan malam esok,Ken Worden mengharapkan anak-anak buahnya yang akan diturunkan malam esok agar dapat mempraktikkan apa yang telah diajarnya dalam latihan.Namun begitu,sedikit menggusarkan jurulatih dari Australia itu setelah kemungkinan besar dia tidak dapat menggunakan khidmat pemain sayap kiri,yang mengalami kecederaan hasmtring.Menurutnya,dia sememangnya mengharapkan pemain tersebut untuk melaksanakan strategi yang telah digarapnya namun bergantung kepada keadaan kecederaan beliau sama ada boleh diturunkan atau tidak.Namun begitu, beliau masih mempunyai ramai pemain berbakat untuk diletakkan diposisi tersebut namun perlu bekerja lebih giat untuk memberi latihan intensif kepada pemain yang bakal mengisi kekosongan tersebut.Beliau juga menekankan tahap kecergasan para pemainnya untuk bersaing dalam perlawanan nanti.Beliau juga bakal menyandarkan harapan kepada penyerang-penyerangnya dalam memburu gol.Namun masih menjadi tandatanya siapakah yang bakal bergandingan selaku penyerang malam esok untuk menggempur kubu PDRM.Gandingan-gandingan tersebut masih dalam penilaian dan perhatian Ken Worden.Beliau juga gusar memikirkan siapakah yang bakal menggantikan tapak kapten pasukan seandainya Marzuki Yusuf tidak sempat kembali daripada kecederaannya.Walaupun begitu, beliau masih yakin bahawa pengganti Marzuki adalah yang terbaik.

Ken Worden menaruh harapan tinggi agar para pemainnya menunjukkan satu permainan yang terbaik sekaligus membenam PDRM dan mengutip 3 mata penuh.Beliau sempat berpesan kepada para penyokong agar hadir memberi sokongan padu kepada pasukan Terengganu malam esok.Penuhkan tempat duduk di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok.