| Ken Worden Sah Milik Terengganu |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 11 February 2009 03:16 |
![]() foto ehsan dari utusan malaysia.
Ken Worden selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pagi kelmarin dengan disambut oleh pegawai PBSNT. Nama beliau tidak asing buat peminat bolasepak tempatan selepas pernah membawa kejayaan kepada pasukan Selangor yang bermula pada tahun 1991. Worden juga pernah membimbing pasukan Sabah dan juga telah diberi kepercayaan oleh FAM untuk menerajui pasukan kebangsaan buat beberapa tahun.Beliau berusia 66 tahun dan dilahirkan pada tahun 1943 di Preston, England. Pihak pengurusan PBSNT memutuskan untuk mengambil beliau selepas melihat pasukan Terengganu gagal membuat permulaan yang diharapkan dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini. Kehadiran beliau menyaksikan Mohd Nik ditugaskan semula sebagai pembantu kepada Worden sementara Khalid Md Dahan kembali membimbing pasukan Piala Presiden Terengganu. Worden akan memulakan tugas pada hari Sabtu dengan mengendalikan sesi latihan pertamanya untuk mengenalpasti pemain-pemain yang akan menjadi sandarannya untuk membetulkan haluan Terengganu musim ini. Kehadiran beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah bolasepak Malaysia bersama Selangor dan Sabah serta pasukan kebangsaan diharap mampu memberi impak positif kepada para pemain yang mungkin perlu sentuhan dari 'down under'. Worden menjadi jurulatih import ke tiga mencurah bakti di bumi Darul Iman selepas Marco Bilic dan George Knobel.Segala maklumat ini telah disahkan oleh wakil PBSNT . |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 91 guests online



