| MSL 2009 : Matchday 2 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 08 January 2009 03:13 |
|
KL PLUS FC VS TERENGGANU FA Stadium KLFA, Cheras / 6 Jan 09 / 8.45 mlm Kuala Terengganu, 5 Januari – Musim baru Liga Super bermula agak buruk buat skuad Sang Penyu setelah kehilangan 3 mata berharga di laman sendiri kepada Perlis, namun para peminat masih lagi optimis bahawa musim ini pasti menjanjikan suatu yang lebih cemerlang. Walaupun tewas kepada Perlis, persembahan anak-anak buah Mohamed Nik masih lagi membanggakan terutama peningkatan prestasi oleh anak muda, Abdul Manaf Mamat yang telah menjaringkan gol sulung beliau pada saingan kali ini. Gandingan beliau bersama penyerang baru, Azlan Ismail amatlah ditagih untuk perlawanan-perlawanan seterusnya dan ujian terdekat yang bakal diharungi adalah menentang pasukan KL Plus, pendatang baru Liga Super. Benteng KL Plus yang diakui sangat berpengalaman pastinya menghadirkan cabaran yang tidak kurang sengit buat barisan pemain skuad Terengganu. Skuad Terengganu akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi esok diiringi doa dan harapan oleh semua peminat setia Sang Penyu dalam misi memburu mata pertama musim ini. Bagi para penyokong Terengganu di sekitar Lembah Kelang, kehadiran anda semua amat ditagih untuk memberi sokongan moral buat pasukan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium pula, pihak Ganusoccer.net akan memberi liputan pekembangan minit ke minit menerusi e-Stadium yang boleh diakses melalui laman ini.
|
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 162 guests and 3 members online
- alienx
- dininazaf
- lori


