| Liga Malaysia 2009 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 08 January 2009 02:59 |
|
2A JADI TARUHAN? Sepakmula Liga Malaysia akan bermula 3 Januari depan.Kesemua pasukan sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing bagi memburu 3 piala yang dipertandingkan. Tidak ketinggalan skuad Sang Penyu yang kini memasuki fasa akhir latihan sebelum menanti kunjungan Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Tetapi persoalannya, siapakah yang akan menjadi taruhan Mohd Nik dalam menerajui barisan serangan Terengganu ?.Adakah gandingan 2A bakal menjadi pemusnah impian lawan?.Seorang muka baru dan seorang lagi anak muda yang berazam untuk menjadi penyerang disegani.Kedua-duanya pastinya akan mencuri tumpuan dalam perlawanan pertama ini dan perlawanan-perlawanan seterusnya.Kelibat dua penyerang ini pastinya akan menjadi igauan pasukan lawan kerana kedua-duanya pernah diwar-warkan antara penyerang yang bakal menyinar.Gandingan 2A ini pastinya dinanti-nantikan oleh penyokong-penyokong setia Terengganu dengan penuh debaran.Mampukah gandingan ini merobek gawang lawan dan seterusnya membantu Terengganu menghasilkan kemenangan demi kemenangan? Mampukah gandingan ini membentuk persefahaman jitu yang akan menggegar gawang lawan? Namun, kedua-duanya berazam dan bersemangat untuk membuat penampilan cemerlang dalam kancah liga musim 2009 ini. Andai kata selesai kemelut bahagian serangan, siapa pula yang bakal bergandingan di barisan tengah bagi mengemudikan jentera skuad Hitam Putih ini? Adakah tugasan itu terus disandarkan kepada dua anak watan Terengganu yang berjaya mengemudikan jentera tengah Terengganu dengan baik akhir musim lalu? Ataupun adakah pengalaman pemain yang banyak berkelana akan ditagih bagi bergandingan dengan anak watan Terengganu? Bersandarkan kepada perlawanan-perlawanan persahabatan, memungkinkan gandingan dua anak watan Terengganu akan digunapakai di dua tapak jentera tengah sambil dibantu oleh pemain berbakat yang sedang mencipta nama dibahagian kiri dan seorang anak muda bawah 20 yang bakal digilap bakatnya di bahagian kanan jentera tengah Terengganu.Gandingan 4 anak watan Terengganu semestinya bakal menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan.Mampukah mereka mempamirkan aksi mantap bagi menyalurkan kemenangan untuk Terengganu setiap kali perlawanan. Siapa pula bakal mengisi slot benteng kebal Terengganu musim ini? 3 tempat pastinya diisi oleh 3 anak watan Terengganu yang begitu kebal bertahan musim lalu.Yang menjadi tandatanya sekarang ini, siapakah yang bakal bergandingan dengan 'kapitan Sang Penyu' dibahagian tengah pertahanan.Adakah anak muda Terengganu akan diberi watak penting ini? Ataupun anak muda yang diambil dari bumi Adat Perpatih untuk menjadi tunjang kekebalan benteng Hitam Putih ini? Pengalaman yang memisahkan dua pemain ini.Namun siapa yang menjadi pilihan jurulatih, mereka mampu menghadirkan gerun kepada lawan untuk memasuki kotak penalti Terengganu.Kekebalan 4 tonggak ini ditagih untuk membantu Sang Penyu agar tidak ditembusi dan dibolosi. Watak penting di benteng terakhir semakin pasti milik hero Terengganu ketika suku akhir Piala Malaysia musim lalu.Semestinya tangan emas anak muda kelahiran 'kampung kepulauan' itu ditagih untuk menangkis serangan demi serangan.Namun, andaikata Sang Penyu inginkan perubahan di benteng terakhir ini, anak watan Setiu tidak kurang juga hebatnya dengan berbekalkan tangan emas yang berjaya menggapai emas ketika di SUKMA. Siapa yang menjadi pilihan, tidak mendatangkan banyak masalah kerana kedua-dua mampu menceriakan kem Terengganu dengan layangan badan dan aksi yang cukup memikat. Segala persiapan dan persediaan tersusun rapi.Hanya menunggu masa untuk Sang Penyu mengorak langkah lebih berani.Mengatur perjalanan lebih tersusun.Membelah badai dengan yakin. Perlawanan pembuka tirai menjadi idaman dengan kesudahan bergaya dalam genggaman. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 117 guests and 1 member online
- burnzganu


