| Perlawanan Persahabatan |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 08 January 2009 02:58 |
|
PENYU UJI PEMAIN Kekuatan sang penyu akan diuji dalam dua perlawanan persahabatan Jumaat dan Sabtu ini. Skuad yang dibimbing oleh Mohamad Nik ini akan bertandang ke Stadium Darul Makmur bagi menentang skuad yang kini berwajah baru, Pahang sebelum menentang skuad Selangor sehari selepas itu.Ini merupakan kali pertama perlawanan persahabatan diadakan diluar Terengganu pada musim ini. Mohamad Nik bersama-sama penolong jurulatih Khalid Mat Dahan dalam rangka mempersiapkan pasukan mereka untuk menjadi pencabar kejuaraan 3 piala yang dipertandingkan musim ini. Dalam perlawanan menentang Pahang dan Selangor ini, jurulatih tersebut membayangkan akan menguji persefahaman antara pemain2 yang ada. Kesemua pemain yang terdiri daripada gabungan pemain2 musim lalu dan pemain2 baru ini akan dibawa ke kedua-dua gelanggang tersebut kecuali Ashaari Shamsudin yang kini berlatih bersama skuad kebangsaan. Menurut pemain, mereka sudah bersedia untuk menguji kekuatan Pahang dan Selangor dan mereka mengharapkan agar perlawanan ini tidak dibatalkan sepertimana Sabtu lepas yang dibatalkan akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Para pemain sedang bertungkus lumus mempersiapkan diri bagi memantapkan kekuatan mental dan fizikal serta kemahiran bagi menjamin tempat masing-masing dalam kesebelasan utama. Dalam perlawanan persahabatan inilah yang akan menjadi medan untuk masing2 mempersembahkan sesuatu yang mampu memikat jurulatih dan seterusnya diserapkan dalam kesebelasan utama apabila Liga Super menyinkapkan tirainya 3 Januari depan. "Kami sudah tidak mempunyai banyak masa untuk bermain-main.Inilah masa kami untuk melakukan sesuatu bagi menempatkan diri kami kedalam skuad ini", kata seorang pemain yang berazam untuk merebut tempat selaku pemain kesebelasan utama kelak. Dalam perkembangan lain, skuad Terengganu terus menjalani latihan walaupun hujan melanda Kuala Terengganu setiap hari. Walaupun hujan skuad Terengganu menjalani latihan di gelanggang futsal.Semi finalis Piala Malaysia musim lalu ini akan berkunjung ke Pahang Jumaat ini dan bertolak ke Shah Alam pada Sabtu ini. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 179 guests and 2 members online
- BudokGanu
- lori


