| Kejohanan Jemputan |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 08 January 2009 02:57 |
|
LAWAN 4 PENJURU Jaguh Pantai Timur, Terengganu akan menyertai Kejohanan 4 penjuru yang diadakan di Bandaraya Johor Bharu bermula 21 November ini. Empat buah pasukan akan menyertai kejohanan ini iaitu tuan rumah Johor, Johor FC dan sebuah kelab yang akan membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana iaitu MBJB.
Terengganu yang mendapat khidmat bekas penyerang kebangsaan, Azlan Ismail dilihat membuat persiapan yang begitu rapi bagi menghadapi persaingan Liga Super musim ini.Pendedahan dalam kejohanan 4 penjuru ini akan memberikan lebih kemantapan kepada anak-anak buah Mohamad Nik ini bagi membawa cabaran mantap untuk merebut 3 piala musim baru yang akan bermula Januari depan.
Dalam sessi latihan petang semalam, jurulatih Terengganu itu nampak begitu sibuk mempersiapkan anak-anak buahnya untuk membentuk gandingan mantap.Penekanan diberikan kepada bahagian serangan dengan membuat latihan rembatan kearah gol.Begitu juga dengan barisan tengah yang diterajui oleh Zairo Anuar dan juga Ismail Faruqi yang nampak semakin menemui keserasian bagi mengemudikan jentera tengah Terengganu.Manakala gandingan anak muda di barisan pertahanan juga diberi penekanan khusus oleh Mohamad Nik. Latihan semalam tidak disertai oleh Tengku Hazman dan juga Marzuki Yusuf yang mengalami kecederaan ringan.Ashaari Shamsudin juga tidak berada dalam skuad tersebut kerana menggalas tugas negara.Pasukan Terengganu yang dibimbing oleh anak watan Terengganu musim ini, Mohamad Nik, akan menggunakan kesempatan ini untuk menguji persefahaman dan gandingan pemain bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam semua bahagian. Skuad yang dibantu oleh Khalid Mat Dahan ini akan berlepas ke Johor Bharu 19 November in |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 146 guests and 2 members online
- Anas Figo
- lori


