| Majlis Menandatangani Kontrak Liga Super 2009 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 08 January 2009 02:48 |
|
IKATAN BERSIMPUL MATI Termeterai sudah ikatan 28 pemain skuad liga super Terengganu untuk memberi sumbangan khidmat kepada skuad hitam putih itu dalam Liga Super 2009. Majlis menandatangani kontrak antara pemain Liga Super dan penajaan peralatan sukan daripada Teo Guan Lee (KL) Sdn Bhd dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berlangsung dengan penuh sederhana tetapi meriah pada petang tadi. Kehadiran Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad bin Said menjadikan majlis tersebut lebih meriah. Majlis yang diadakan di Felda Residence Kuala Terengganu telah dihadiri oleh kesemua pemain Liga Super Terengganu musim 2009 kecuali Ashaari Shamsudin yang kini menjalani latihan bersama skuad Malaysia. Selain muka lama yang dikekalkan, 4 pemain luar yang berjanji memberi khidmat mereka juga menurunkan tandatangan mereka di hadapan Menteri Besar Terengganu petang tadi. Tengku Hazman Raja Hassan merupakan pemain luar terakhir yang mengisi slot pemain liga super Terengganu.3 lagi pemain luar ialah Azlan Ismail,Md Shahrizam dan Hafizi Awang. Yang Dipertua PBNST, Dato' Che Mat Jusoh dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan kepada pasukan Liga Super Terengganu. Beliau juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong dan juga pihak media yang memberi sokongan padu kepada pasukan ini sepanjang musim lalu.Katanya, Terengganu bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri menerusi sumbangan kewangan yang begitu baik. Sehingga Oktober 2008, kerajaan Terengganu telah menyumbang sebanyak RM2.5 juta kepada persatuan untuk menguruskan skuad ini.Begitu juga dengan musim yan g baru ini.Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Cheku Marzuki yang membimbing skuad akademi Terengganu sehingga anak Terengganu mampu mewakili negeri dalam Liga Super dan juga memberi sumbangan untuk pasukan negara.Harapan beliau agar semua pemain yang terpilih musim baru ini agar memberi sesuatu yang bermakna untuk Terengganu.Katanya, berilah komitmen yang tinggi serta bersungguh-sungguh dan jadikan Terengganu keluar sebagai juara sekurang-kurangnya satu piala. Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan tetapi pemain-pemain perlulah berusaha untuk menggapai kejayaan dan kemenangan.Katanya lagi, kerajaan negeri bersedia untuk memberi ganjaran andainya pemain-pemain semua dapat membawa pulang piala ke negeri Terengganu.Beliau juga memberi kata-kata perangsang kepada para pemain agar melakukan yang terbaik.Menang dan bonus akan menyusul."Jangan risau bonus, asalkan kita menang".Beliau juga menekankan aspek komitmen dan disiplin yang tinggi untuk diterapkan oleh setiap pemain agar kejayaan menjadi milik kita.Tanpa adanya komitmen dan disiplin, pasukan tidak akan kemana.Tanamkan niat yang baik dalam permainan kita, punca rezeki kita adalah bermain bola dan carilah rezeki itu dengan cara yang baik.Tinggalkan gejala-gejala yang tidak sihat itu semata-mata mahu mencari kesenangan dengan sekelip mata. Beliau amat yakin dengan kekuatan pasukan yang akan membawa cabaran dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.Dalam pengakhiran ucapannya, beliau menasihati pemain agar tanamkan semangat untuk menggapai kemenangan dan kejayaan untuk imej diri dan juga negeri. Ketua Jurulatih, Mohamad bin Nik mengetuai pegawai dan pemain menurunkan tandatangan yang kemudiannya diikuti oleh Khalid Mat Dahan dan Zubir Ibrahim selaku penolong dan pembantu jurulatih. Mohamad Nik yang ditemui begitu yakin pasukan yang dibentuknya ini akan memberi sesuatu yang amat bermakna untuk Terengganu. Majlis diakhiri dengan sidang media dan jamuan. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 107 guests online


