| LIGA SUPER 2012 : TERENGGANU BENAM CABARAN SENGIT T-TEAM |
|
|
|
| Written by Mohamad Hadli |
| Sunday, 22 January 2012 03:09 |
|
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI LIGA SUPER 2012 (Game 4) : 21 JANUARI 2012 (Sabtu) TERENGGANU ( 2 ) vs T-TEAM ( 1 ), SSINS, 845pm Francis Doe (m 18 ) Zairo Anuar Zailani ( m 11 ) Francis Doe (m 59) Terengganu berjaya melonjak ke tangga ke 2 liga super 2012 apabila terpaksa bertarung hebat dengan T-team sebelum berjaya menumpaskan T-team 2-1 di Stadium sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.2 gol jaringan Francis Doe sudah cukup membolehkan anak buah Mat Zan Mat aris untuk mengutip 3 mata penuh yang cukup beharga dihadapan 15,000 ribu orang penonton. Sebaik sepak mula, telebih dahulu pasukan T-team mempamerkan aksi yang cukup kemas dengan banyak melancarkan serangan ke arah pintu gol pasukan Terengganu.Jentera serangan pasukan T-team yang diketuai oleh Zacharia Simonkonda dan Fadzli Shaari dilihat begitu bahaya dalam melakukan serangan.Pemain sayap lincah T-team Mohd Faiz Subri berjaya mencipta peluang untuk Zacharia Simonkonda yang kemudiannya masuk dalam kotak penalti berhadapan dengan situasi 1 lawan satu, namun beliau telah dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee.Pengadil yang bertugas pada malam ini pantas memberikan sepakan penalti kepada T-team dan melayang kan kad kuning kepada Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke 10. Zairo Anuar Zailani diberikan tugas untuk mengambil sepakan tersebut.Sepakan Pertama beliau dibatalkan kerana ada pemain T-team terlebih dahulu memasuki kawasan kotak penalti pasukan Terengganu sebelum berjaya menyempurnakan sepakan penalti ke 2 pada minit ke 11 untuk memberikan kelebihan kepada T-team untuk mendahului Terengganu dengan 0-1.Gol tersebut merupakan gol yang ke 4 peribadi buat beliau dalam kempen Liga Super 2012 ini.Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Terengganu pantas memperkemaskan permainan.Serangan demi serangan dilancarkan oleh pasukan Terengganu, namun benteng pertahanan pasukan T-team yang diketuai oleh Bojan Petric tetap ampuh bertahan. Namun pada minit ke 18, pasukan Terengganu pula dihadiahkan sepakan penalti setelah Mohd Ashaari Samsuddin dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Mohd Sharil Faizal ketika beliau hanya berhadapan Mohd Iqbal Suhaimi.Bertambah parah lagi apabila T-team terpaksa bermain 10 orang selepas Mohd Shahril Faizal dilayangkan kad merah akibta dari terjahan keras tersebut.Francis Doe tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut bagi membolehkan kedua-dua pasukan Terikat 1-1. Shamsul kamal nyaris meletak Terengganu didepan namun rembatan kencang pemain bernombor jersi 4 itu berjaya di tepis keluar oleh Mohd Iqbal Suhaimi.Tamat permainan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat Terengganu 1 dan pasukan T-team 1. Bermula separuh masa kedua, dilihat pasukan Terengganu tampil memperkemaskan permainan mereka.Terengganu mempamerkan mutu permain "short pass" dan menggunakan sayap untuk melakukan serangan.Francis Doe hampir meletakkan Terengganu didepan apabila berhadapan situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol T-team.Namun usaha beliau digagalkan oleh penjaga gol pasukan T-team yang berjaya menyelamatkan percubaan Francis Doe.Terengganu akhirnya berjaya memperolehi gol ke 2 menerusi gerakkan yang dijana oleh Mohd Ashaari Samsuddin yang berjaya melorongkan bola kepada Francis Doe, beliau tenang menyempurnakan hantaran itu bagi membolehkan Terengganu Mendahului 2-1.Gol tersebut merupakan gol ke 3 peribadi buat Francis Doe dalam 2 penampilan beliau dalam Liga Super 2012. Tersentak dengan jaringan tersebut, T-team cuba merapatkan jurang dengan melakukan serangan bertali arus.T-team hampir menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang diambil oleh Zairo Anuar Zailani, namu penjaga gol Terengganu mempamer "world class save " dengan berjaya menerbangkan diri untuk menepis sepakan kencang tersebut.Sekali lagi Mohd Sharbinee Allawee menjadi penyelamat, apabila berjaya menangkap kemas sepakan percuma Zairo Anuar Zailani yang dilihat cukup berbahaya.Abdul Hadi Yahya juga nyaris mengakhiri kemarau gol beliau, namun sepakan kencang beliau berjaya ditepis oleh Mohd Iqbal Suhaimi.Tamat permainan Terengganu 2- T-team 1. |
Perlawanan Berikut
Terengganu FM
Ganusoccer FM
Siapa di Talian?
We have 61 guests online


