| Penyu Tewas Tipis |
|
|
|
| Written by Mohamad Hadli Md Jaffar |
| Wednesday, 11 January 2012 00:46 |
|
Perak ( 1 ) vs TERENGGANU ( 0 ), Stadium Ipoh. 845pm (LIVE RTM1) Terengganu memulakan langkah dalam saingan Liga Super bagi musim 2012 dengan langkah kiri, apabila tumpas 1-0 ditangan perak dalam aksi perlawanan pembukaan Liga Super musim 2012 di Stadium Ipoh Perak. Ternyata perak menggunakan segala kelebihan yang ada digelanggang sendiri dengan mempamerkan aksi yang cukup kemas dan menarik sehingga memaksa benteng pertahanan Terengganu bekerja keras untuk menahan asakan bertali arus pasukan lawan.Pasukan perak mula melakukan asakan sebai sepak mula bola pada separuh masa pertama.Serangan demi serangan yang dilakukan oleh penyerang import Perak yang diketuai Lazar Popovic dan Akmal Rizal Rakhli namun mudah dipatahkan oleh benteng pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusoff dan Muslim Ahmad. Namun selepas permainan berlangsung 10 minit, Terengganu berjaya mengawal rentak permainan dengan mempamerkan hantaran-hantran cantik namun gagal disudahkan oleh jentera serangan pasukan Terengganu.Pada minit ke 21 Michael Kubala nyaris meletakakan perak dihadapan namun rembatan kencang pemain tersebut berjaya ditepis oleh Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang beraksi dengan penuh cemerlang.Terengganu berpeluang untuk menjaringkan gol namun tolakan Mohd Ashaari Samsudin melambung tinggi walaupun berhadapan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol pasukan Perak.Pada minit 41 mohd Sharbinee Allawee lagi bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan penyerang Perak Akmal Rizal Rakhli.Tamat separuh pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0. Bermula Separuh masa kedua, ternyata serba -serbi tidak kena dengan corak permainan pasukan Terengganu.Peluang ini pantas disambar oleh Perak dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan Terengganu.Minit Ke 75 perak didepan dengan jaringan jarak 25 meter hasil rembatan kencang pemain import mereka Michael Kubala berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu Mohd Sharbinee Allawe Ramli buat pertama kali.Jaringan tersebut nyata membuat moral dan pemain Terengganu "Down".Terengganu cuba bangkit untuk melakukan asakan namu benteng pertahan perak kemas bertahan sehinggal tamat permainan.Tamat permainan Perak 1 Terengganu 0.Insyallah pasukan Terengganu kita mampu bangkit dalam perlawanan ke 2 liga super bertemu KL Felda United di Tempat sendiri.Ayuh terus dan semarakan sokongan anda untuk pasukan kesayangan kita.Teruskan berjuang, Kami tetap bersamamu. |


