The Result Matchday 17 - President League 2009 PDF Print E-mail
Written by GSN Press   
Friday, 17 April 2009 19:50

 

sgor_v_tt_copy

Info Ringkas

Pasukan T-Team kembali mencatatkan kemenangan dihalaman sendiri dengan jaringan tipis 1-0 keatas Johor yang merupakan antara pencabar utama kumpulan B A liga presiden . Ahad lalu pasukan T-Team tewas kepada pasukan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam manakala pasukan Terengganu  pula berjaya mendapat kemenangan mudah keatas lawan mereka iaitu pasukan P.Pinang SDM Kepala Batas tanpa perlu beraksi diatas padang kerana pasukan lawan gagal menyediakan pemain yang cukup untuk beraksi. Mereka memerlukan 6 pemain untuk melengkapkan syarat pasukan sebelum memulakan perlawanan. Terengganu dihadiahkan 3 mata percuma dengan jaringan 3-0 setelah kedua-dua pasukan bersetuju dengan peraturan tersebut. Terengganu pada hari Ahad lalu juga menerima nasib yang sama seperti pasukan T-Team apabila tewas ditempat sendiri kepada pasukan UPB Myteam dengan jaringan 2-0 , perlawanan yang menyaksikan hampir berlaku kekecohon apabila pengadil gagal mengawal permainan disamping reaksi pasukan pelawat yang kurang semangat kesukanan. 3 kad merah untuk pasukan Terengganu dan 9 kad kuning dilayankan kepada kedua-dua pasukan.