TERENGGANU, TTEAM MENCONGAK TEMPAT PDF Print E-mail
Written by geng_ganu   
Thursday, 18 February 2010 11:40
K.Trg - Terengganu kembali ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini dengan bekalan yang agak selesa selepas memperolehi dua gol mengatasi Sarawak dalam perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA 2010.Namun begitu, skuad bimbingan Irfan Bakti itu tidak mahu mengganggap kedudukan itu sebagai satu kedudukan yang selesa sebaliknya menuntut anak-anak didiknya terus memburu gol awal bagi mematikan langkah Sarawak dalam Piala FA musim ini.Jaringan Joseph Kallang Tie dan Abdul Manaf Mamat dalam 20 minit terakhir memberikan nafas lega kepada pengendali Terengganu itu untuk memberi laluan agak mudah apabila beraksi di gelanggang sendiri Sabtu ini.Namun kelibat penyerang muda Terengganu Abdul Manaf Mamat tidak dapat di saksikan akibat penggantungan satu perlawanan setelah mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan di Stadium Sarawak Selasa lepas.Walaupun agak kecewa, Abd Manaf mengatakan masih ramai lagi pemain-pemain dalam skuad Terengganu yang boleh disandarkan harapan untuk memburu gol.Apa yang penting kerjasama sepasukan bagi memastikan kemenangan Terengganu dan seterusnya layak ke pusingan berikutnya.

Terengganu yang menduduki tangga kedua Liga Super ketika ini, dilihat mampu untuk menundukkan Sarawak Sabtu ini apatah lagi beraksi di gelangggang keramat mereka.Sudah pasti pemain-pemain Terengganu ingin memperagakan aksi yang menarik sebagai penghargaan kepada peminat-peminat Terengganu yang datang memberikan sokongan.Skuad Terengganu yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam tadi dari KLIA berazam untuk meneruskan rentak kemenangan dan pemain-pemain utama Terengganu sudah pasti akan diturunkan bagi mencari tambahan gol walaupun dikatakan sudah sebelah kaki ke pusingan seterusnya.Anak-anak buah Irfan Bakti ini tidak mahu sejarah Piala FA musim lepas berulang lagi dimana Terengganu disingkirkan oleh Harimau Muda walaupun telah mendahului lawan dengan selesa.Mereka akan memastikan kelebihan yang ada itu dikekalkan sehingga ke wisel penamat.Biarlah sejarah musim lalu itu tersimpan dan sejarah baru akan tercipta musim ini.

Dalam perkembangan lain. pasukan yang berpangkalan di Kuala Terengganu,iaitu TTeam akan berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh bagi aksi kedua setelah terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Selasa lepas.Kedudukan TTeam dilihat agak sukar namun dengan barisan yang ada, TTeam mampu melangkah ke pusingan seterusnya.Perak yang mendahului TTeam buat seketika Selasa lalu dilihat agak selesa apabila beraksi di gelanggang sendiri dengan membawa bekalan 1 gol dari tempat lawan.Perak hanya memerlukan seri 0-0 untuk layak ke pusingan seterusnya.Namun barisan TTeam bukannya barisan yang mudah untuk ditewaskan.Mereka pasti akan mencari gol awal untuk menjarakkan diri daripada Perak dan sekaligus mara ke pusingan seterusnya.Ketajaman penyudah oleh Haris Safwan sekali lagi ditagih untuk merobek gawang Perak Sabtu ini.Walaupun beraksi di tempat lawan, TTeam perlu mencari gol awal dan semangat kemenangan menentang Johor di gelanggang lawan harus dibawa bersama untuk menyingkirkan Perak dr persaingan Piala FA ini.

Diharapkan kedua-dua pasukan, Terengganu dan TTeam ini mara ke pusingan seterusnya.