1-forum

 1-photo

1-video 

1-facebook
Ganusoccer.Net - Laman Komuniti Bolasepak Terengganu
LIGA SUPER 2012 : TERENGGANU BENAM CABARAN SENGIT T-TEAM PDF Print E-mail
Written by Mohamad Hadli   
Sunday, 22 January 2012 03:09
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
LIGA SUPER 2012 (Game 4) : 21 JANUARI 2012 (Sabtu)

TERENGGANU  ( 2 )  vs  T-TEAM ( 1 ), SSINS, 845pm

Francis Doe (m 18 )       Zairo Anuar Zailani ( m 11 )

Francis Doe (m 59)



Terengganu berjaya melonjak ke tangga ke 2 liga super 2012 apabila terpaksa bertarung hebat dengan T-team sebelum berjaya menumpaskan T-team 2-1 di Stadium sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.2 gol jaringan Francis Doe sudah cukup membolehkan anak buah Mat Zan Mat aris untuk mengutip 3 mata penuh yang cukup beharga dihadapan 15,000 ribu orang penonton.

Sebaik sepak mula, telebih dahulu pasukan T-team mempamerkan aksi yang cukup kemas dengan banyak melancarkan serangan ke arah pintu gol pasukan Terengganu.Jentera serangan pasukan T-team yang diketuai oleh Zacharia Simonkonda dan Fadzli Shaari dilihat begitu bahaya dalam melakukan serangan.Pemain sayap lincah T-team Mohd Faiz Subri berjaya mencipta peluang untuk Zacharia Simonkonda yang kemudiannya masuk dalam kotak penalti berhadapan dengan situasi 1 lawan satu, namun beliau telah dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee.Pengadil yang bertugas pada malam ini pantas memberikan sepakan penalti kepada T-team dan melayang kan kad kuning kepada Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke 10.

Zairo Anuar Zailani diberikan tugas untuk mengambil sepakan tersebut.Sepakan Pertama beliau dibatalkan kerana ada pemain T-team terlebih dahulu memasuki kawasan kotak penalti pasukan Terengganu sebelum berjaya menyempurnakan sepakan penalti ke 2 pada minit ke 11 untuk memberikan kelebihan kepada T-team untuk mendahului Terengganu dengan 0-1.Gol tersebut merupakan gol yang ke 4 peribadi buat beliau dalam kempen Liga Super 2012 ini.Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Terengganu pantas memperkemaskan permainan.Serangan demi serangan dilancarkan oleh pasukan Terengganu, namun benteng pertahanan pasukan T-team yang diketuai oleh Bojan Petric tetap ampuh bertahan.

Namun pada minit ke 18, pasukan Terengganu pula dihadiahkan sepakan penalti setelah Mohd Ashaari Samsuddin dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Mohd Sharil Faizal  ketika beliau hanya berhadapan Mohd Iqbal Suhaimi.Bertambah parah lagi apabila T-team terpaksa bermain 10 orang selepas Mohd Shahril Faizal dilayangkan kad merah akibta dari terjahan keras tersebut.Francis Doe tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut bagi membolehkan kedua-dua pasukan Terikat 1-1. Shamsul kamal nyaris meletak Terengganu didepan namun rembatan kencang pemain bernombor jersi 4 itu berjaya di tepis keluar oleh Mohd Iqbal Suhaimi.Tamat permainan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat Terengganu 1 dan pasukan T-team 1.

Bermula separuh masa kedua, dilihat pasukan Terengganu tampil memperkemaskan permainan mereka.Terengganu mempamerkan mutu permain "short pass" dan menggunakan sayap untuk melakukan serangan.Francis Doe hampir meletakkan Terengganu didepan apabila berhadapan situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol T-team.Namun usaha beliau digagalkan oleh penjaga gol pasukan T-team yang berjaya menyelamatkan percubaan Francis Doe.Terengganu akhirnya berjaya memperolehi gol ke 2 menerusi gerakkan yang dijana oleh Mohd Ashaari Samsuddin yang berjaya melorongkan bola kepada Francis Doe, beliau tenang menyempurnakan hantaran itu bagi membolehkan Terengganu Mendahului 2-1.Gol tersebut merupakan gol ke 3 peribadi buat Francis Doe dalam 2 penampilan beliau dalam Liga Super 2012.

Tersentak dengan jaringan tersebut, T-team cuba merapatkan jurang dengan melakukan serangan bertali arus.T-team hampir menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang diambil oleh Zairo Anuar Zailani, namu penjaga gol Terengganu mempamer "world class save " dengan berjaya menerbangkan diri untuk menepis sepakan kencang tersebut.Sekali lagi Mohd Sharbinee Allawee menjadi penyelamat, apabila berjaya menangkap kemas sepakan percuma Zairo Anuar Zailani yang dilihat cukup berbahaya.Abdul Hadi Yahya juga nyaris mengakhiri kemarau gol beliau, namun sepakan kencang beliau berjaya ditepis oleh Mohd Iqbal Suhaimi.Tamat permainan Terengganu 2- T-team 1.
 
LIGA SUPER 2012 : Pertembungan Adik Dan Abang PDF Print E-mail
Written by Mohamad Hadli   
Friday, 20 January 2012 16:47
GAME Ke-4 LIGA SUPER 2012 : 21.01.2012, Sabtu, SSINS

TERENGGANU vs T-TEAM..
ABANG vs ADIK..
Hok aner akan Nelang.. Malam Esok Semuanya Akan Terjawab..

 

Pertembungan adik dan abang.Itulah yang boleh diperkatakan menjelang perlawanan ke 4 Liga Super 2012 dimana 2 pasukan yang bernaung dibawah PBSNT akan berentap sesama sendiri di Stadium Sultan Ismail Nassaruddin Shah Kuala Terengganu pada malam esok.

Pasukan Terengganu akan turun selaku tuan rumah, pasti akan menghadapi tugas dan cabaran getir apabila bertemu dengan T-team yang jelas kelihatan semakin mempamerkan peningkatan dari semasa ke semasa.Kedua-dua pasukan sudah pasti ada agenda tersendiri dimana pasukan adik, iaitu T-Team sudah pasti akan mempertahankan rekod tanpa kalah dalam 3 perlawanan sementara pasukan Abang, Terengganu sudah pasti akan mencari kemenangan ke 3 berturut-turut selepas tewas pada perlawanan 1 menentang Perak di Ipoh.

Francis Doe pasti sekali lagi akan menjadi sandaran utama pasukan Terengganu untuk merobek gawang T-team yang dilihat begitu kebal tanpa di bolosi setelah 3 perlawanan.Gandingan Doe,Saha Dan Manaf pasti ditagih oleh jurulatih Pasukan Terengganu Mat Zan Mat Aris untuk menembusi benteng pertahan pasukan T-team yang diketuai oleh pemain import dari crotia Bojan Petric,Norfazly Alias,Shahril Faizal yang begitu serasi dan tidak dibolosi dalam 3 perlawanan yang lalu.Dibahagian Tengah pasukan Terengganu pula dilihat begitu banyak pilhan untuk digandingan.Dimana Biano,Shukor,Reshafiq,JKT,Ismail Faruqi,Nordin,Shamsul Kamal sudah pasti akan memberi yang terbaik jika dipilih untuk kesebelasan utama Pasukan Terengganu.

Bagi pasukan T-team,jelas dilihat mempunyai serangan yang agak tumpul dimana prestasi Zachariah Simukonda dilihat tidak begitu memuaskan disamping gandangan beliau dengan Fadzly Shaari masih lagi tercari-cari keserasian.Namun Jurulatih Pasukan T-team pasti menarik nafas lega apabila Playmaker pasukan T-team Zairo Anuar Zailani semakin menunjukan prestasi yang begitu mengagumkan.3 gol dari 3 perlawanan sudah cukup membuatkan beliau semakin digeruni.Pemain sayap lincah  yang dibawa dari Perlis Faiz Subri juga pasti akan menjadi sandaran oleh Yunus Aliff untuk mengucar-kacirkan benteng pertahana pasukan Terengganu yang jelas kelihat kebal dimana Mazlizam,Muslim,Faizal,Zubir dan Marzuki merupakan pertahanan yang pernah mewakili malaysia di peringkat antarabangsa.

Pertembungan 2 pasukan setempat itu pasti menjanjikan aksi menarik untuk di tontoni.Francis Doe dan Biano pasti akan menjadi tumpuan para penyokong kedua-dua pasukan apabila membuat penampilan pertama  di Tempat sendiri.Ayuh semua marilah sama memenuhi stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedua-dua pasukan kita itu.Semangat dan sokongan anda amat ditagih bagi menyemarakan lagi moral dikalangan pemain.Buat kedua-duak pasukan kami dari Pihak Ganusoccer.Net ingin mengucapakn selamat Berjuang sehingga ke wisel penamat. " TERUSKAN BEJUANG, KAMI TETAP BERSAMAMU"

 
LIGA SUPER 2012 : KEMENANGAN DICARI PDF Print E-mail
Written by gg   
Saturday, 14 January 2012 00:23

LIGA SUPER 2012

TERENGGANU VS FELDA UNITED ( 14 Jan 2012, 845 mlm, Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah)

Kuala Lumpur vs TTeam ( 14 Jan 2012, 845 mlm, Stdm Hang Jebat, Melaka)

 

Terengganu dan TTeam akan turun ke gelanggang dalam perlawanan kedua Liga Super 2012 bertemu lawan masing-masing. Terengganu yang mengalami kekalahan di Stdm Ipoh pada perlawanan pembuka tirai Selasa lalu akan menanti kunjungan Felda United di Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala TTeam yang menang ke atas Kedah baru-baru ini akan berkunjung ke Stdm Hang Jebat bagi bertemu tuan rumah Kuala Lumpur.

Terengganu yang mendapat khabar gembira setelah FAM mengumumkan tarikh baru bagi pendaftaran pemain import iaitu 13 Februari 2012 pastinya akan turun dengan lebih bersemangat bagi mencari 3 mata pertama musim ini. Namun sebelum boleh menggunakan Francis Doe dan Baiano, tumpuan pasti terarah kepada kelibat 100% anak tempatan bagi mencorakkan permainan Terengganu nanti. Berbekalkan azam yang tinggi untuk mencatatkan kemenangan, komitmen serta semangat juang yang tinggi perlu diterapkan oleh anak-anak buah Mat Zan Mat Aris dalam usaha merapatkan jurang mata dengan lain-lain pasukan. Kemungkinan besar, kesebelasan utama ketika menentang Perak akan digunapakai, penggendali Terengganu menuntut anak-anak buahnya agar mempamirkan mutu permainan tinggi serta tidak mensia-siakan peluang yang terhidang.

Manaf Mamat dan Hadi Yahya sekali lagi disandarkan untuk menjaringkan gol manakala khidmat Ismail Faruqi belum dapat ditentukan lagi. Andai Ismail Faruqi bebas daripada kecederaan, pastinya kelibat beliau akan digunakan oleh Mat Zan bagi mempertajamkan lagi jentera tengah Terengganu. Namun begitu, pemain-pemain Terengganu tidak boleh sama sekali merendahkan kewibawaan lawan. Ini kerana Felda United mencatatkan kemenangan pertama dalam pertemuan menentang Sabah tempohari. Mereka pastinya akan sedaya upaya mereka untuk mencari satu lagi kemenangan dalam usaha mendaki anak tangga liga. Spidotman yang suatu ketika dulu menjadi bualan penyokong-penyokong Terengganu pastinya akan turun bagi membantu pasukan barunya Felda United. 

Manakala TTeam yang bertandang ke Melaka apabila Kuala Lumpur menjadikan Stdm Hang Jebat selaku 'home' mereka pastinya akan turun juga ingin mencari kemenangan kedua. Berada ditangga teratas setelah menamatkan 1 perlawanan TTeam dilihat mampu untuk menjinakkan Kuala Lumpur. Namun rekod pertemuan sebanyak 8 kali memihak kepada Kuala Lumpur dengan 3 kali mencatatkan kemenangan manakala TTeam hanya mencatatkan 2 kemenangan. Musim lalu ketika beraksi di gelanggang lawan, TTeam dibelasah agak teruk.

Pengalaman kapten baru pasukan TTeam, Zairo Anuar Zalani sedikit sebanyak akan membantu TTeam bagi merencanakan gerakan menarik untuk disudahkan oleh penyerang TTeam Zacharia Simukonda dan juga Fadzli Shaari. Penjaring dua gol ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kedah tempohari, Mohd Faiz Subri sekali ditagih untuk menemui sentuhan gol. Biarpun bermain selaku watak pengumpan namun jaringan cantik beliau pastinya ingin diteruskan lagi. Beliau pastinya bersemangat untuk terus membantu TTeam memungut kemenangan kedua. Simukonda dan Fadzli Shaari sekali lagi dipertaruhkan dan mereka seharusnya menemui sentuhan gol nanti.

Kuala Lumpur walaupun agak terumbang-ambing ketika liga belum dimulakan tidak boleh dipandang ringan. Walaupun menggunakan ramai tenaga baru, mereka juga bersemangat untuk mencari kemenangan. Pemain-pemain TTeam seharusnya berwaspada.

Penyokong-penyokong yang berkelapangan semestinya hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu dan TTeam. Perjuangan akan mereka teruskan dengan kehadiran anda semua bersama-sama mereka. Ayuh warnailah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Stdm Hang Jebat dengan lautan Hitam Putih kebanggaan kita.