|
Penyu Tumbang Tetapi Layak Ke Suku Akhir 26hb Mei , Paya Rumput , Terengganu tunduk kepada pasukan Sang Kancil di halaman lawan malam tadi dengan jaringan 0-2 hasil gol pada minit ke-2 oleh Faderin Kadir dan Mirza pada minit ke-69. Terengganu malam tadi hampir menurunkan kesemua pemain simpanan mereka didalam kesebelasan utama kerana pasukan mempunyai percaturan tersendiri untuk meneruskan survival dalam piala malaysia musim ini. Terengganu menurunkan Suhardy selaku penjaga gol dan dibantu oleh barisan pertahanan iaitu , Shahrul ezrin, Saiful Rusly, Zulfahmi dan Nuraliff Zainal manakala dibarisan tengah pula dikemudi oleh Ismail Faruqi, Zairo Anuar , Ashari dan Shahril Zakaria manakala dibahagian serangan dipimpin oleh Sharlei Miranda dan Braga. Melihat barisan pemain yang beraksi diatas padang, Terengganu sudah pasti tidak berusaha untuk mencari kemenangan dan hanya beraksi dalam perlawanan bercorak taktikal sahaja. Manakala Melaka yang tidak mempunyai pilihan untuk mengelak untuk bertemu pasukan kuat walaupun menyedari mereka sudah layak melangkah ke peringkat seterusnya namun maruah pasukan harus dititik beratkan apabila mengenangkan pasukan Terengganu pernah menundukkan mereka dilaman mereka dalam saingan liga super musim ini apabila tunduk 2-3 kepada lawan. Kemenangan malam tadi pasti memberi satu semangat baru untuk mereka berjuang memberi saingan terbaik hingga berakhir liga malaysia musim ini.
Melihat barisan pemain yang beraksi diatas padang, Terengganu sudah pasti tidak berusaha untuk mencari kemenangan dan hanya beraksi dalam perlawanan bercorak taktikal sahaja. Manakala Melaka yang tidak mempunyai pilihan untuk mengelak untuk bertemu pasukan kuat walaupun menyedari mereka sudah layak melangkah ke peringkat seterusnya namun maruah pasukan harus dititik beratkan apabila mengenangkan pasukan Terengganu pernah menundukkan mereka dilaman mereka dalam saingan liga super musim ini apabila tunduk 2-3 kepada lawan. Kemenangan malam tadi pasti memberi satu semangat baru untuk mereka berjuang memberi saingan terbaik hingga berakhir liga malaysia musim ini. Keghairahan Melaka untuk mencipta kemenangan terserlah diawal minit ke-2 perlawanan lagi apabila satu lorongan cantik dari luar kawasan penalti Terengganu melalui Mirza yang melorong baik kepada Faderin Kadir yang tidak dikawal kemas oleh Nuraliff dengan membiarkan pemain lawan melakukan percubaan terus kearah gol Terengganu dengan melakukan sepakan lambung yang gagal ditepis keluar oleh Suhardy yang hanya terpaku melihat bola menerjah jaring gol sendiri . Para penyokong pasukan Melaka yang baru sahaja mencari tempat duduk terkejut dengan jaringan awal pasukan mereka dan Sang Kancil tampak berkeyakinan untuk memburu gol seterusnya selepas itu namun Terengganu berusaha mengawal pergerakan lawan dengan baik. |