SEO Header Title

Penyu jinakkan rusa PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 17 May 2007
K.Terengganu, 17 Mei - Skuad Piala Presiden Terengganu berjaya mengutip 3 mata penuh ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang tadi. Terengganu yang mencari kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Presiden ini membuka tirai perlawanan menerusi penyerang, Mohd Muslim Ahmad yang mendapat hantaran dr rakan berjaya memperdaya bek Negeri Sembilan sebelum merembat leret menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan yang beraksi agak baik sebelumnya.Negeri Sembilan juga kerapkali membuat serangan-serangan balas namun ianya berjaya dipatahkan oleh bek muda Terengganu yang diketuai oleh Cheku Amirrusydi.Terengganu mengasak hebat Negeri Sembilan untuk mencari gol tambahan namun penyudahan yang kurang berkesan menggagalkan usaha Terengganu untuk menambah jaringan. Terengganu menambah dua gol lagi dalam separuh masa kedua.Gol kedua Terengganu dijaringkan oleh penjaga gol Terengganu menerusi sepakan penalti setelah penjaga gol Negeri Sembilan mengasari Muslim dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk memberikan kad merah kepada penjaga gol lawan dan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.Penjaga gol Terengganu dengan tenang menendang ke kanan pintu gol Negeri Sembilan menewaskan penjaga gol gantian pasukan pelawat itu.Terengganu menambah gol ketiga menerusi tandukan pemain sayap Terengganu.Terengganu mempunyai banyak peluang namun ianya disia-siakan oleh barisan pemain Terengganu.Skuad tuan rumah memperolehi tonik tambahan apabila dua pemain Liga Super, Mohd Nuraliff dan Ahmad Shahril dipinjamkan ke skuad tersebut untuk memberi bantuan kepada skuad muda itu mencatat kemenangan.

Dengan kemenangan ini, Terengganu berada di zon selesa untuk beraksi di peringkat suku akhir.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?