SEO Header Title

Penyu pilih laluan sukar PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 06 May 2007
Kuala Terengganu, 06hb Mei. Misi Terengganu untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala Malaysia menemui jalan sukar setelah tewas kepada Kelantan dengan jaringan 1-2 di hadapan penyokong sendiri di stadium SSINS. Dengan kehadiran penyokong mencecah 3000 orang yang hadir memberi sokongan, Terengganu menurunkan barisan yang sama ketika berdepan pasukan Selangor minggu lalu cuma merehatkan pemain import baru dari Brazil, Diogo Porcino Braga dan menggantikan dengan pemain muda, Abdul Manaf Mamat. Keyakinan yang dimiliki Terengganu selepas menang pada 2 perlawanan yang lalu,menjadi bekalan azimat buat pasukan Terengganu tatkala menerima kunjungan Sang Kijang. Namun, percaturan Yunus Aliff kali ini,seolah-olah memakan diri,Terenganu bagai hanyut dibuai mimpi. Permainan yang agak longlai dan serba tidak menjadi menceritakan seribu satu macam buat peminat yang datang memberikan sokongan. Sebaik permainan bermula, Terengganu mula mengatur gerakan dan banyak menguasai permainan. Namun Serangan demi serangan menemui kegagalan. Cubaan-cubaan menarik dari Terengganu hadir melalui tandukan Sharlei pada min ke 12 yang hampir hampir menerjah ke gawang gol lawan. Begitu juga dengan rembatan deras Rosairil Asrul pada min ke 29 yang berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kelantan. Walaupun Terengganu berjaya menguasai bahagian tengah, Kelantan juga nampak agak mudah mematahkan serangan yang dilakukan oleh pasukan Terengganu. Sehingga lah,Pada min ke 33,Yunus Aliff membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Manaf Mamat dan memasukkan Ashaari.Sedang leka Terengganu mengatur serangan, Kelantan mengambil kesempatan melakukan serangan balas kearah kubu gol Terengganu yang menyaksikan pemain import mereka,Lucianao hampir-hampir menjaringkan gol. Namun bola tersebut terkena tiang gol Terengganu.Terengganu terselamat buat seketika. Sehingga tamat separuh masa pertama. Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 0-0Bagaikan diberi suntikan semangat baru, kedua-dua pasukan rancak mengatur serangan pada babak separuh masa kedua.Satu permainan yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Masing-masing saling menyerang untuk mencari gol pendahuluan. Sehingga minit ke 57, gol yang dinantikan oleh para penyokong Terengganu muncul apabila Shirlei yang menerima hantaran silang Shahrul Ezrain, berjaya menanduk masuk gol pertama buat pasukan Terengganu. Tidak lama selepas itu,Yunus Aliff membuat pertukaran kedua pula dengan mengeluarkan Mohd Norfarham dan memasukkan Che Hishamuddin. Bagaikan disentak,Sang Kijang terus mengatur gerakan. Asakan demi asakan dilakukan sehingga membenarkan pengadil yang bertugas malam itu melayangkan 3 kad kuning kepada pemain pasukan Kelantan. Terengganu seolah-olah hanyut selepas 20 min pertama pada babak kedua ini. Akibatnnya, Kelantan Berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 25 melalui sepakan percuma yang diambil oleh Mohd Sufian. Rentak permainan Terengganu terganggu dengan gol penyamaan Kelantan itu. Belum sempat Terengganu memperbaiki jentera serangan, Terengganu dipaksa akur dengan gol kedua Kelantan yang dijaringkan melalui sepakan sudut. Kali ini gol dijaringkan oleh Mohd Faizul. Tiada apa yang dapat dilakukan Terengganu untuk membawa pulang 3 mata penting bagi mengukukahkan kedudukan kedudukan pada kumpulan B kempen piala Malaysia. Semuanya seolah-olah tidak menjadi,biarpun pada awal permainan,Terengganu banyak menguasai permainan. Terengganu memilih jalan yang sukar dan terpaksa berhempas pulas untuk layak ke pusingan yang seterusny
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?