|
Misi untuk melangkah awal ke suku akhir |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 05 May 2007 |
|
Kuala Terengganu. 05hb. Mei 2007. Segar dengan kemenangan besar dalam perlawanan terdahulu 9-1 dengan ATM dan terbaru menundukkan pasukan Selangor 2-1 di bumi mereka sendiri Rabu lalu, anak buah Yunus ternyata semakin bersemangat untuk memastikan tiga mata lagi bakal diraih malam ini apabila melayan kunjungan anak muda Kijang dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia 2007. Terengganu sedang memimpin teraju kumpulan B dengan 17 mata dan kemenangan pada malam ini bakal mengesahkan lebih awal peluang untuk layak dengan rasminya ke peringkat seterusnya dalam kancah saingan Piala Malaysia 2007. Oleh itu dengan jurang mata yang masih rapat untuk dikejar oleh pasukan Negeri Sembilan, Melaka dan mahupun Kelantan sendiri, tiada kata mudah untuk memandang enteng perlawanan ini dan mencari jalan susah biarpun peluang yang ada sekarang ini adalah wajib untuk direbut sang Penyu.
Kemampuan Kijang untuk mengikat Negeri Sembilan di kandang mereka pada perlawanan Piala Malaysia sabtu lalu membuktikan bahawa keupayaan mereka adalah setanding dengan mana2 pasukan kerana para pemain tempatan mereka begitu bersemangat untuk meraih keputusan yang baik biarpun ketandusan pengalaman. Ditambah pula kombinasi dengan pemain2 import yang dibawakan daripada bumi Maradona jelas mengukuhkan lagi paksi kekuatan dan keseimbangan pasukan mereka. Barisan muda Kijang pernah membuktikan bahawa mereka mampu bangkit biarpun bermain dalam keadaan kekurangan sebagaimana perlawanan menentang Pulau Pinang dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia lalu dimana mereka mampu menang biarpun beraksi dengan kurang seorang pemain. Tempoh seminggu rehat yang dininkmati oleh mereka kerana tidak bermain di pertengahan minggu pastinya memberikan kelebihan istirehat daripada segi mental dan fizikal serta juga masa untuk pulih bagi tonggak mereka yang kurang cergas dalam saingan dua negeri berjiran malam nanti. Apa yang pasti Terengganu menagih kelibat Ismail Faruqi serta rakan2 untuk mempamerkan permainan bermutu dan menarik agar sekali lagi bumi Terengganu akan mampu bergembira dengan keputusan yang baik untuk memastikan survival Penyu untuk mencari penghormatan dalam Piala Malaysia 2007 dapat direalisasikan. |
|
|