SEO Header Title

Bedilan sang penyu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 29 April 2007
Terengganu melakar sejarah tersendiri dalam Liga Malaysia musim ini apabila mencatatkan rekod kemenangan terbesar dalam sejarah bolasepak moden negara dengan kemenangan bergaya 9-1 keatas pasukan perwira negara, Angkatan Tentera Malaysia.
Angkatan Tentera yang turun dengan misi ingin menebus kekalahan 0-2 pada pusingan pertama di Stadium Selayang, nampak berbahaya diminit-minit awal persaingan apabila mereka mendominiasikan permainan.Mereka mendapat peluang terbaik menerusi satu sepakan percuma.Namun sepakan yang diambil oleh S.Ragu sedikit diatas palang gol.Pemain-pemain Terengganu yang tersedar akan bahaya mengudang jika tidak dibendung secara perlahan-lahan menukarkan rentak kepada serangan bertali arus.Barisan didik Yunus Aliff yang pulang dr Pulau Pinang dengan satu mata, memaksa barisan pertahanan ATM bekerja keras menahan asakan bertubi-tubi pemain-pemain Terengganu.

Penyu membuka tirai bedilan seawal minit kesembilan menerusi awang import baru mereka, Diego Porcino Braga yang hanya menguis masuk bola ke gawang selepas Ismail Faruqi berjaya melepasi beberapa benteng pertahanan ATM sebelum bola singgah ke kaki Braga untuk menyudahkan gol pertama Terengganu.Tersentak dengan jaringan itu, Tentera bingkas bangkit untuk melawan, namun pertahanan Terengganu cukup kental untuk ditewaskan.Sebaliknya, benteng Tentera bocor lagi.Kali ini giliran seorang lagi awang import dari Brazil,Sharlei Lins Miranda, mencatatkan namanya dalam senarai penjaring selepas menjaringkan gol kedua Terengganu.Kedudukan 2 gol yang terhasil tidak memuaskan hati pemain-pemain Terengganu.Mereka terus menguasai permainan.Serangan bertubi-tubi Terengganu kearah pintu gol pelawat terus berhasil.Kali ini giliran pemain kebangsaan, Norfarhan Mohammad menanduk cantik ke gawang selepas menerima hantaran lintang dari Sharlei Lins untuk muncul sebagai penjaring ketiga Terengganu.

Menyedari benteng Tentera kian longlai, Hassan Sazali bingkas menukarkan pemain-pemainnya.Dua pertukaran sekaligus tidak menampakkan hasil yang berkesan sebaliknya barisan Terengganu makin ghairah untuk memburu gol.Sekali lagi Sharlei Lins Miranda menyudahkan peluang yang terhidang untuk gol keempat Terengganu.Tentera sesekali menyerang namun berjaya dipatahkan oleh benteng Terengganu.Satu peluang terbaik Tentera diperolehi menerusi sepakan percuma.Namun sepakan tersebut sedikit tinggi diatas palang gol.Tentera cuba bangkit namun Terengganu bingkas merapatkan benteng dan terus mendominasikan permainan.Hasilnya Rosairil Asrul bijak menanduk terbang hasil hantaran lintang oleh Braga untuk Terengganu menutup separuh masa pertama dengan 5 gol tanpa balas.Tentera yang menyedari kerapuhan tangan penjaga gol mereka, menggantikan penjaga gol utama mereka Rahman Baba dengan penjaga gol gantian.Penjaga gol kedua mereka berjaya menidakkan satu ‘chip’ dari Norfarhan untuk melangkah ke bilik persalinan dengan hanya 5 gol.

Ashaari Shamsuddin pemain pertama Terengganu yang diturunkan sebagai gantian bagi menggantikan kudrat Rosairil Asrul yang tampak keletihan, memulakan separuh masa kedua.Tentera yang tidak berputus asa, terus menyerang kubu Terengganu tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Terengganu.Mereka nampak laju dan menguasai permainan diawal separuh masa kedua.Hasilnya, mereka berjaya menjaringkan satu gol selepas bijak melepasi perangkap offside dan sekaligus menewaskan Suhardy Elbi yang mengambilalih tugas penjaga gol daripada Syamsuri Mustaffa yang direhatkan.Menyedari akan kebangkitan yang cuba dilakukan oleh Tentera, pemain-pemain Terengganu mengorak langkah untuk terus memburu gol.Diego Porcino Braga sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring keenam apabila bola lambungan Ashaari dari bawah terus ke Braga yang menanduk sedikit melepasi penjaga gol yang meluru keluar untuk merembat ke gawang terbuka bagi gol keenam Terengganu.Terengganu terus bernafsu.Mereka terus mengasak ke kubu lawan tanpa ada belas kasihan.

Tentera seolah-olah hilang upaya, mereka terus dihukum dengan hantaran-hantaran bertali arus dari pemain-pemain Terengganu.Barisan tengah Terengganu seringkali bertukar-tukar hantaran sesama mereka sebelum menyusup masuk ke benteng Tentera.Jika tidak sedikit terlewat, Norfarhan pasti mampu meletakkan namanya untuk gol kelapan namun kuisan kebelakang berjaya ditangkap oleh penjaga gol gantian Tentera.Begitu juga dengan sepakan percuma Shahrul Ezrain yang menuju ke bucu gol Tentera,namun ianya sedikit diatas palang.Tentera yang tidak bermaya terhukum lagi.Kali ini giliran Braga mencatatkan hatrik apabila bola hantaran silang Sharlei berjaya disudahkan oleh Braga.Namun begitu, penjaga gol Tentera berjaya menangkap kemas tetapi hampa apabila tangkapannya didalam gol dan pengadil mengesahkan gol tersebut adalah gol ketujuh Terengganu.Terengganu terus mengasak untuk menambah gol.Hasilnya,seorang pemain Tentera telah menjatuhkan pemain Terengganu di luar kotak penalti.Marzuki Yusuf yang mengambil sepakan tersebut, menendang leret melepasi jangkauan penjaga gol Tentera untuk meletakkan namanya sebaris dengan penjaring-penjaring yang lain untuk gol kelapan Terengganu.Selepas ketinggalan 8-1, Tentera cuba juga untuk melawan, tetapi pemain-pemain Terengganu tidak membiarkan Tentera menyusup masuk menembusi benteng terakhir Terengganu.Sharlei Lins Miranda menutup tirai amukan dan bedilan sang penyu dengan menyudahkan pertembungan satu sama satu dengan penjaga gol untuk gol peribadi ketiganya dan gol kesembilan Terengganu.

Dengan kemenangan itu, Terengganu melonjak ke tangga teratas kumpulan B dalam saigan Piala Malaysia ini setelah Negeri Sembilan yang berada diatas sebelum perlawanan terpaksa akur dengan kehebatan Terengganu apabila mereka hanya mampu seri dengan pasukan jiran Terengganu, Kelantan.Kemenangan Terengganu itu melakarkan sejarah bolasepak Terengganu khasnya, dan bolasepak moden negara amnya.

Terengganu : Suhardy Elby (Sharbini),Md.Saiful, Fabio Flor,Marzuki Yusuf,Shahrul Ezrain,Rosairil Asrul (Ashaari),Ismail Faruqi,Norhisham,Md.Norfarhan (Abd.Manaf),Sharlei Lins,Diego Procino Braga.

Simpanan : Sarbini Allawee,Hasbullah,Zulfahmi,Ashaari,Abd.Manaf,Md.Nuraliff,Zubir Ibrahim.

 

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?