SEO Header Title

Penyu gagal ulangi kehebatan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 22 April 2007
GeorgeTown. 21hb. April 2006. Terengganu hanya mampu seri sahaja 1-1 dengan Harimau Kumbang biarpun mempunyai kelebihan beraksi dengan seorang pemain setelah penjaga gol lawan Mohd Faizal Yusof dibuang padang kerana mengasari Ismail Faruqi seawal minit ke9.

Turun dengan penuh semangat setelah menumbangkang lawan yang sama dengan jumlah 3-0 pada perlawanan Liga Super, sang Penyu menurunkan import baru iaitu Dieogo Parcino Braga selain Suhardi mengisi ruang panas di gawang belakang serta Ismail Faruqi sebagai “maestro” baru bahagian tengah Terengganu. Serangan awal dan panatas Terengganu gagal disudahi dengan berkesan oleh barisan penyerang yang ada melalui kombinasi Sherlie, Che Hishamudin dan NorFarhan. Minit ke25 Sherlie sepatutnya meletakkan Penyu didepan apabila hanya berdepan satu sama satu dengan penjaga gol tetapi beliau gagal untuk berbuat sesuatu. Terdahulu Ismail yang agak teruk dicederakan terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Zairo pada minit ke19.

Separuh masa kedua hasil sepakan sudut berjaya disambar oleh Fabio Flor pada minit ke 59 untuk memberikan kelebihan awal kepada sang pelawat.  Asakan demi asakan oleh Penyu masih menemui jalan buntu dengan banyak percubaan sipi dan lencong tinggi. Peluang terbaik Farhan pada minit ke83 namun sepakannya serong.

Malam derita Terengganu akhirnya tiba apabila pemain gantian Pulau Pinang Mohd Zafran Olibullah yang baru dimasukkan memanfaatkan satu serangan pantas pihak lawan dan menyamakan kedudukan pada minit ke85. Terengganu agak tertekan untuk mencari gol kemenangan dan peluang yang hadir melalui sepakan percuma yang diambil Zairo melambung tinggi dan gagal membantu pasukan terengganu untuk terus kekal di tempat teratas kumpulan B apabila dipintas oleh Negeri Sembilan dengan kelebihan jaringan.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?