|
Kemenangan dalam Liga Super ke atas Pulau Pinang Rabu lepas memberi tonik keyakinan kepada barisan Yunus Aliff untuk sekali lagi bertemu pasukan yang sama malam ini.Pertemuan di Stadium Bandaraya malam ini adalah dalam misi dan persaingan yang berbeza iaitu persaingan merebut piala berprestij negara, Piala Malaysia. Pertembungan kali keempat Terengganu-P.Pinang ini dijangka semakin sengit dan mendebarkan.Ini kerana, P.Pinang pastinya tidak ingin tunduk lagi kepada jaguh Pantai Timur itu.Pertemuan pertama dalam Liga Super di Stadium Bandaraya awal Januari lalu, memihak kepada Sang Penyu hasil jaringan tunggal Abd. Manaf Mamat.Kemudian dalam saingan Piala Malaysia Februari lalu, P.Pinang kecundang lagi.Kali ini dengan jaringan 4-0 dan rabu lalu sekali lagi akur dengan kehebatan Sang Penyu apabila membiarkan Sharlei Lins menari dengan 3 gol.
Malam ini, azam semakin membara di sudut hati pemain-pemain skuad hitam-putih itu, apatah lagi mendapat khidmat seorang lagi tukang tari dari Brazil, Diego Porcino Braga.Diego yang belum mendapat ITC dalam pertemuan lepas, diberitakan akan mengemudikan serangan Terengganu yang pastinya bergandingan dengan seorang lagi penari dari Brazil, Sharlei Lins Miranda.Keupayaan Sharlei Lins tidak diragui lagi malah malam ini, pastinya anak-anak buah Josef Herel merantai beliau.Namun begitu, bukan hanya Sharlei sahaja yang mampu merobek pintu gol P.Pinang, malah hampir kesemua pemain Terengganu mampu menghasilkan gol daripada barisan serangan,tengah hinggalah kepada barisan pertahanan. Barisan tengah Terengganu pastinya menggunakan kepakaran anak muda tempatan untuk menggerakkan serangan.Di bahagian sayap kiri dan kanan, Yunus Aliff pastinya tidak mahu melupakan sumbangan 2 anak muda Terengganu yang menyarung jersi kebangsaan, untuk sekali lagi diberi peranan menyusup masuk ke benteng lawan serta melakukan lintangan bermakna untuk disudahkan oleh Sharlei mahupun Diego. Dibahagian benteng pula, kudrat 4 pemain ampuh terus ditagih untuk mengekang asakan daripada pemain-pemain muda P.Pinang yang nampak semakin matang.Dibenteng akhir, 3 penjaga gol Terengganu bersaing sesama sendiri untuk menyarung jersi oren selaku penjaga gawang utama Terengganu malam ini.Adakah tugas itu bakal kembali kepada Syamsuri Mustaffa ataupun aksi cemerlang Suhardy diteruskan ataupun kelibat Sharbini Allawee bakal teruji malam ini.Namun apa yang pasti, ketiga-tiga mereka mempunyai kemampuan untuk menidakkan rembatan padu dari pemain-pemain P.Pinang bagi menghalang pintu gol mereka dari dibolosi. Barisan Yunus Aliff diingatkan supaya terus berwaspada.Walaupun telah mengalahkan P.Pinang dalam 3 perlawanan sebelum ini, namun apa sahaja boleh berlaku sekiranya kealpaan dan kelalaian ditonjolkan oleh pemain.Keyakinan yang berlebihan juga boleh mengundang padah. Walaupub begitu, hanyut dalam 4 perlawanan dulu telahpun berjaya dipulihkan dengan kemenangan bermakna Rabu lepas dan malam ini, kemenangan seterusnya ditagih untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan dan ingin kembali meraih sokongan dan sorakan penyokong dalam perlawanan mendatang. Kepada Sang Penyu….berjuanglah…hanyut tidok sekali….. |