|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 14 April 2007 |
|
Terengganu turun ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini dengan satu misi.Misi untuk menjinakkan sang rusa setelah misi sebelum ini berakhir dengan kehebatan sang rusa.Dalam kempen yang berlainan, Terengganu turun dengan barisan yang boleh dikatakan cukup ampuh apatah lagi masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia.Mendominasikan kedudukan teratas dalam peringkat kumpulan, Terengganu tidak boleh alpa apatah lagi Melaka yang berada di tangga kedua mengekori rapat Terengganu untuk memintas dan sekaligus menduduki tangga teratas kumpulan. Terengganu yang hadir dengan 3 kekalahan berturut-turut dalam Liga Super, mencalarkan rekod baik Terengganu musim ini. Namun strategi serta perancangan yang baik daripada Yunus Alif serta semangat yang berlainan dalam kempen Piala Malaysia ini, tidak mustahil Sang Penyu akan mengamuk malam ini.Walaupun pernah mengalami kekalahan di stadium keramat N.Sembilan itu, ianya tidak mampu melemahkan semangat para pemain untuk kembali bangkit setelah hanyut dalam 3 perlawanan terdahulu. Rekod bermain digelanggang lawan dalam kempen Piala Malaysia ini juga memihak kepada Terengganu.
Barisan muda yang mendapat kepercayaan Yunus Aliff pastinya ingin memberikan sesuatu yang bermakna lantas membalas kepercayaan tersebut dengan membawa pulang 3 mata penuh. Syamsuri Mustaffa pastinya sekali lagi diberi tugas penting untuk menghalang Fedrico de Castro dan rakan-rakan menembusi gawang Terengganu.Manakala di benteng, Terengganu kehilangan bek kanan, Mohd Saiful Rusly yang mengalami kecederaan, namun penggantinya sudah bersedia untuk diturunkan malam ini.Beliau yang juga bekas kapten Piala Presiden dua musim lalu, bakal memberikan masalah kepada bahagian serangan Negeri Sembilan.Gandingan bek Terengganu dilihat semakin mantap dan sukar untuk ditembusi. Gandingan anak muda tempatan dalam mencorakkan serangan bakal digunakan oleh Yunus Aliff.2 orang bekas pemain kebangsaan dilihat mampu menggerakkan barisan tengah Terengganu malam ini.Malah kudrat dua orang bekas pemain Piala Presiden Terengganu akan digunapakai untuk menggempur Ching Hong Aik dan Rahman Zabul dikiri kanan skuad Negeri Sembilan.Sentuhan emas penyerang kebangsaan ditagih sekali lagi untuk menembusi gawang kawalan Azizon Kadir malam ini.Namun siapakah yang menjadi pilihan Yunus Aliff untuk bergandingan dengan penyerang kebangsaan kelahiran Terengganu itu malam ini?Adakah Che Hishamuddin ataupun Sharlei Lins Miranda.Che Hishamuddin pastinya ingin diturunkan bagi membuktikan kepada skuad Negeri Sembilan bahawa dia masih mampu meledakkan gol dan Sharlei Lins juga kepingin untuk membantu pasukan setelah lama berehat gara-gara kecederaan. Dengan barisan yang cukup bertenaga ini, tidak mustahil amukan Sang Penyu bakal berlaku di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini. Kepada skuad Negeri Sembilan…..awasi dan waspada amukan Sang Penyu.Kepada para pemain Terengganu…..’jangang palling kebelakang lagi….teruh kedepang dan ke depang….sappa depang sumbak gol” |
|
|