SEO Header Title

U14 : Terengganu Gugup Di Tempat Sendiri PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 09 April 2007
7hb Apr , K.Trg ,  Rekod cemerlang dalam penampilan sulung pasukan bawah 14 tahun Terengganu di tempat lawan dua minggu lalu keatas Kedah tidak berterusan apabila mereka tunduk layu di tangan pasukan pelawat dari pulau pinang yang berjaya mencuri 3 mata dikandang lawan apabila menewaskan pasukan Sekolah Projek Bolasepak Sek.Sultan Sulaiman yang mewakili Terengganu dengan jaringan 2-0 pada petang sabtu lalu. Gol-gol dihasilkan disetiap babak permainan dimana Sekolah Free School Penang yang menjadi wakil pasukan pulau mutiara itu telah mengejut pasukan tuan rumah diawal minit ke-2 permainan di separuh masa pertama hasil berlaku keadaan kabut dalam kotak penalti Terengganu dan salah seorang pemain pulau pinang berjaya menguis masuk bola tersebut ke dalam gawang gol Terengganu untuk meletakkan pasukan pelawat berada 1-0 dihadapan. Selepas itu kedua-dua pasukan cuba memburu gol seterusnya terutama pasukan Terengganu yang beusaha memburu gol penyamaan. Walaupun Terengganu dilihat banyak menguasai bola namun jentera hadapan pasukan Terengganu kelihatan agak tumpul berbanding jentera seragan lawan kesudahananya keputusan kekal 1-0 hingga wisel separuh masa dibunyikan setelah bertarung selama 30 minit . Di babak kedua permainan, Terengganu berusaha untuk mencari gol penyaamaan tetapi bola sentiasa dipatahkan oleh pertahanan lawan dan pulau pinang yang sekali sekala menyerang berjaya menperolehi gol kedua hasil tandukan salah seorang penyerang pulau mutiara yang sama sekali gagal ditempis keluar oleh penjaga gol Terengganu untuk membolehkan Pulau Pinang selesa dengan kelebihan 2 gol dihadapan dan mereka berjaya mengekalkan kelebihan itu hingga wisel penamat dibunyikan.
 
Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?