|
T-TEAM Tamatkan Cabaran Pusingan Pertama Ditempat ke-4 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 04 April 2007 |
|
4hb April, K.Trg, Sasaran pasukan T-Team untuk menduduki lima tangga teratas liga FAM 2007 pada musim pertama ini dilihat kini berada diatas landasan yang betul sebaik sahaja mereka selesai mengharungi 9 perlawanan liga di pusingan pertama dengan catatan keputusan 3 menang, 4 seri dan 2 kalah dan mereka kini mengumpul 13 mata serta menduduki tangga ke-4 liga dan kini dibelakang pasukan DBKL, Felda Utd dan pasukan peneraju liga ialah Beverly Club yang belum lagi mengalami sebarang kekalahan setakat ini. Dalam pertemuan terakhir minggu lalu, T-Team sekali lagi mencatatkan keputusan seri buat kali ke-3 berturut-turut menentang pasukan Felda United dengan keputusan 1-1 di kandang sendiri . Sebelum perlawanan ini , T-Team mencatatkan keputusan seri dengan Maju United 0-0 dan DBKL 1-1. Jika diukur dari persembahan, pasukan ini mempamerkan aksi yang semakin baik dalam satu perlawanan ke satu perlawanan malah dalam 3 perlawanan terakhir itu, T-Team menguasai permainan dan menjaringkan gol pendahuluan namun kekurangan stamina menyebabkan mereka membiarkan lawan menguasai permainan apabila perlawanan memasuki minit ke 70 keatas, sindrom kekurangan tenaga ini amat memeningkan kepala jurulatih dan masih mencari formula untuk meningkat tahap kecergasan pemain untuk mengharungi pusingan kedua yang akan bermula ahad ini.
Disamping itu , T-Team juga menghadapi masalah pemain seperti penggantungan, penarikan diri dari pasukan dan kecederaan. Penyerang muda, Shafizam telah membuat keputusan mengejut apabila menarik diri dari pasukan kerana mendapat pekerjaan tetap yang lebih terjamin masa depan beliau manakala pemain pertahanan, Norzaidi Embong terpaksa berehat semusim kerana mengalami kecederaan serius dibahagian kaki beliau. Pemain-pemain lain yang cedera ialah, Zulhelmi mengalami patah kaki ketika berdepan pasukan Felda Utd baru-baru ini, Saiful Ezrin juga masih cedera kerana mengalami masalah ankle, Aliff Hafifi mengalami masalah lutut dan Kapten pasukan, Zulharisam awang pula digantung perlawanan kerana menerima 3 kad kuning dan tidak akan beraksi menentang pasukan Felda utd sekali lalgi. Untuk menampung kekurangan pemain dalam pasukan yang tempang ini, pengurusan telah mengambil iniatif dengan menawarkan kontrak kepada bekas pemain belia Terengganu iaitu Wahab yang bermain diposisi pertahanan manakala bekas pemain liga perdana Terengganu iaitu Armi Shahril kini turun menjalani latihan bersama skuad T-Team untuk mencuba nasib dan jika mendapat lampu hijau dari pengurusan beliau akan menyertai skuad T-team dipusingan kedua ini. |
|
|