|
2 gol Pantas Selangor Meranapkan Rekod Cemerlang Terengganu |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 01 April 2007 |
|
28hb Mac, Kelana Jaya, Hujan lebat yang turun sebelum pertemuan kedua-dua pasukan telah memberi seribu rahmat buat tuan rumah yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam lima aksi yang mereka tempuhi termasuk pertemuan dengan pasukan sang penyu petang jumaat lalu dimana kepantasan larian pemain selangor dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghukum kealpaan barisan pertahanan mengekang pemain lawan untuk memberi 2 gol pantas dalam tempoh lima minit hasil gerakan menarik oleh barisan serangan selangor. Sebelum pertemuan ini, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan 3 kemenangan dan sekali seri dalam 4 perlawanan yang lalu. Terengganu yang masih segar menumbangkan pasukan ATM 5-0 tempohari dilihat gagal mempamerkan aksi kemas diatas padang basah dan seringkali dilihat kehilangan punca dan posisi ketika lawan sibuk menyusun ancaman membahaya ke kubu mereka. Aksi separuh pertama menjadi milik pasukan selangor yang memperlihatkan permainan pantas dan larian kencang serta umpanan yang menarik yang mereka susunkan dan hasilnya 2-0 berjaya diperolehi jika tidak kerana pemain dalam posisi offsaid , 2 lagi gol berjaya dihasilkan.
Babak kedua memperlihatkan pemain Terengganu berusaha bangkit dan mempertingkat aksi longgar mereka dibabak pertama, beberapa gerakan mereka berjaya dipatahkan lawan disamping masalah kekurangan komunikasi dijentera serangan menjadikan asakan yang diatur gagal diterjemahkan kearah pintu gol lawan. 3 pemain gantian dibawa masuk dan mengeluarkan pemain yang tidak efektif didalam padang. Selangor dibabak kedua dilihat begitu santai bermain dan gagal mengulangi gerakan pantas seperti separuh masa pertama dan Terengganu pula gagal membaca situasi lawan. Ketika waktu permainan berbaki lima minit untuk ditamatkan, Terengganu seolah baru bangkit dari lamunan mimpi dan kembali menyusun gerakan menarik sehingga menghadirkan gol pertama mereka pada minit ke-88 dan gol tersebut membangkit pemain Terengganu untuk mencari gol penyamaan. Beberapa serangan Terengganu berjaya menghadirkan rasa cemas pemain selangor dan Terengganu hampir berjaya memperolehi gol penyamaan dimasa kecederaan hasil percubaan seorang penyerang Terengganu melalui sepakan gunting yang cuba dilakukan kearah pintu gol lawan tetapi sayang cubaan tersebut sikit serong dari pintu gol Selangor dan hingga wisel penamat dibunyikan, Selangor lega 3 mata berjaya dicuri dari lawan dan rekod bersih mereka berjaya dikekalkan. Tamat Selangor 2 - 1 Terengganu |
|
|