SEO Header Title

Akademik Terengganu Terus Cemerlang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 23 March 2007

treatment for hyperglycemia

22hb Mac, Pasukan U17 Terengganu yang beraksi dalam liga akademik pada musim ini berada dilandasan terbaik untuk mengekalkan takhta kejuaraan liga yang dimenangi tahun lalu sekirannya mereka terus konsisten mengekalkan momentum kemenangan dalam semua perlawanan yang diharungi hingga ke akhir musim. Jumaat lalu,  Pasukan bimbingan Che Ku Marzuki Mohd Nor atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Jibang ini terus mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut apabila berjaya menjinakkan pasukan Johor FC 3-1 dikandang sendiri. Pemain berjersi 23, Mohd Firdaus Hamzah berjaya meletakkan pasukan Terengganu dihadapan diawal minit ke-10 permainan dengan melakukan sepakan kencang diluar kotak penalti Johor FC tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC ,Farid Abu Bakar. Selepas itu pasukan Terengganu terus mengasak untuk memburu gol kedua dan hasilnya kapten pasukan akademik Terengganu,Mohd Nasril Izzat Jalil  berjaya memperolehi gol kedua selang 8 minit kemudian untuk mengdahului lawan dengan kedudukan 2-0 buat seketika sehingga tamat separuh masa pertama. Dibabak kedua, Pasukan johor cuba bangkit untuk merapatkan jurang gol dan hasil kealpaan pertahanan pada awal minit perlawanan dibabak kedua, Johor berjaya memperolehi gol pertama mereka dalam kotak penalti yang gagal ditempis kemas oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Nazmeer Mohammad. Menyedari lawan cuba bangkit melawan untuk mencari gol penyamaan, pasukan Terengganu mempekemaskan jentera tengah dan akhirnya gol ketiga berjaya diperolehi untuk menutup sisa perjuangan pasukan johor fc melalui penyerang tinggi lampai Terengganu, Izzaq Faris Ramlan yang pada awalnya mendapatkan kritikan dari penyokong Terengganu yang hadir kerana mempamerkan aksi buruk. Kedudukan kekal 3-1 hingga wisel penamat.
 
< Prev

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?