SEO Header Title

Hang Tuah tumbang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 18 March 2007
K.Trg - Skuad Hang Tuah yang bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan rekod gemilang tanpa kekalahan dalam TM Piala Malaysia ini, akhirnya tunduk menyembah bumi apabila mengalami kekalahan kepada pasukan Megat Panji Alam dengan 2-1.

Kekalahan tersebut memberikan tamparan hebat kepada pasukan Melaka kerana terpaksa melepaskan takhta kumpulan B kepada pasukan Terengganu itu.Mereka yang datang dengan seribu impian untuk meneruskan rekod bersih 4 kemenangan tidak kesampaian apabila 2 jaringan dalam separuh masa pertama oleh Che Hishamudin dan Sharlei Lins Mirinda memberikan 3 mata penuh kepada pasukan tuan rumah.Kemenangan ini memberikan Terengganu 13 mata, satu mata mengatasi Melaka untuk mengungguli singgahsana kumpulan B dan mengekalkan rekod tanpa kalah.

Gol pertama Terengganu yang disumbangkan oleh Che Hishamuddin berpunca daripada tengah padang apabila Che Hishamuddin sendiri membawa bola tersebut secara solo dan mengelecek 2 orang pertahanan Melaka sebelum membuat rembatan kencang yang sama sekali menumpaskan penjaga gol veteran Melaka, V.Murugan.Gol pendahuluan itu memberikan semangat kepada barisan Terengganu untuk mengasak dan menambah gol.Namun beberapa cubaan daripada pemain muda Terengganu, Abd. Manaf Mamat menemui kebuntuan.Melaka yang bersiap sedia untuk berehat, Sharlei Lins Mirinda menggamatkan stadium apabila menyudahkan hantaran lintang Rosairil Asrul dengan tandukan untuk memberikan gol kedua Terengganu seminit sebelum rehat.

Bermula separuh masa kedua, Melaka mengasak dan Terengganu mula mengendurkan asakan.Tetapi benteng Terengganu cukup utuh untuk dirobohkan.Terengganu sesekali membuat serangan balas dan hampir menjaringkan gol setelah Ashaari Shamsudin yang mendapat hantaran jauh mempersiakan peluang tersebut setelah bola yang dikawalnya berjaya dirampas pertahanan Melaka.Dalam asyik menyerang, Terengganu dikejutkan dengan gol Farderin Kadir di sebelah kanan pintu gol kawalan Syamsuri Mustafa.Gol tersebut menyemarakkan semangat Melaka untuk mencari sekurang-kurangnya satu gol tetapi Terengganu bijak menyerap asakan untuk akhirnya muncul sebagai pemenang.

Melaka yang menerima kekalahan pertama dalam Piala Malaysia ini, terpaksa menyerahkan pendahulu kumpulan kepada Terengganu.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?