|
Terengganu mencatat keputusan seri empat kali berturut-turut |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 12 March 2007 |
|
10hb Mac, Pasukan Terengganu yang menjadi juara liga presiden tahun lalu kini mengalami dilema dan kebuntuan mencari formula mencipta kemenangan dalam empat perlawanan yang terakhir yang telah mereka lalui setelah mengharungi tujuh perlawanan pada musim baru ini.Impian untuk mempertahankan kejuaraan dilihat menemui jalan yang agak sukar sekiranya pengurusan dan pemain gagal mempamerkan peningkatan dalam perlawanan akan datang. Terengganu hanya mampu menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan yang terbaru mereka lalui, rententan seri ini bermula apabila mereka menentang pasukan N.sembilan (0-0), Selangor (1-1), Sabah (0-0) dan terkini menentang Sarawak juga dengan keputusan 0-0. Walaupun pasukan ini masih kebal dari menerima sebarang kekalahan tetapi dengan prestasi dua kemenangan dan lima kali seri amat mendukacitakan pihak pengurusan dan sekaligus merumitkan impian mereka untuk mengekalkan kejuaraan yang mereka sandang tahun lalu. Ketiadaan penyerang berbisa dalam pasukan menjadi punca utama ketumpulan barisan hadapan menjaringkan gol.
Tahun lalu , Abdul Manaf menjadi sandaran utama pasukan untuk merobek gawang gol lawan namun selepas beliau diserapkan ke dalam skuad utama liga super Terengganu.Pasukan presiden Terengganu kini terasa akan kehilangan beliau .Skuad ini hanya mampu menjaringkan 6 gol dalam 7 perlawanan yang dilalui dan melepaskan 3 gol kepada lawan , walaupun dibahagian pertahanan mempamerkan aksi cemerlang tetapi ianya tidak memberi seribu makna jika jentera hadapan gagal membolos pintu gol lawan untuk memberi mata penuh kepada pasukan seterusnya berada ditangga yang lebih baik didalam liga. Tindakan segera harus diambil sebelum keadaan menjadi semakin parah. Terengganu juga menghadapi masalah ketiadaan pemain utama kerana mewakili negara dalam Kejohana Piala Hassanal Bolkiah di Brunei yang kini masih berlangsung , 4 tonggak utama Terengganu berada dalam kesebelasan utama skuad bawah 18 tahun Malaysia iaitu , Hariri, Muslim , Faizal dan Syukur. Diharap kepulangan mereka ke dalam pangkuan pasukan akan berjaya membantu mencipta kemenangan ketiga pada perlawanan yang akan datang. |
|
|