|
Pasukan T-Team sebelum turun beraksi petang semalam menduduki tangga ke-3 liga FAM hasil dari 2 menang dan 2 Kalah. Pihak pengurusan T-Team tidak menyimpan cita-cita untuk melihat pasukan T-Team muncul juara Liga FAM pada tahun pertama penampilan. Sasaran T-Team ialah menduduki lima tangga teratas liga. Dalam format liga FAM, 8 pasukan dari 10 pasukan yang mengambil bahagian akan layak ke suku akhir piala FAM apabila saingan liga berakhir kelak. Dalam perlawanan petang semalam yang berlangsung di Stadium Uitm Shah Alam, Pasukan T-Team turun dengan misi untuk mencuri satu mata dari pasukan proton fc memandang proton fc sebuah pasukan yang sudah lama beraksl dalam liga malaysia tentunya mempunyai pengalaman luas untuk menghadapi pasukan mentah seperti T-Team. Petang semalam, T-Team buat pertama kali menurunkan bekas penjaga proton fc tahun lepas iaitu Ismail untuk mengawal pintu gol T-Team setelah penjaga gol utama T-Team , Ariffin Musa gagal beraksi baik dalam perlawanan yang lalu yang menyebabkan T-Team tewas kepada pasukan Majlis Bandaran Muar. T-Team juga membuat sedikit perubahan di bahagian jentera serangan dengan harapan penyudahan yang lebih berkesan.
Aksi diminit awal perlawanan dilihat agak seimbang diantara kedua-dua pasukan, T-Team hampir berjaya mengdahului lawan apabila hantaran silang dari pemain sayap kanan telah berjaya disambut oleh penyerang t-team untuk melakukan tandukan sempurna yang terus menerjah jaring tetapi pengadil membatalkan gol tersebut kerana pemain tersebut dikesan terlebih dahulu mengkasari pertahanan proton fc. Selepas itu permainan semakin rancak, giliran proton fc berjaya melakukan jaringan gol tetapi gol tersebut dibatalkan kerana berada dalam perangkap offset. Diseparuh masa kedua, persembahan yang dipamerkan sama seperti separuh masa pertama bola banyak berlegar ditengah padang sekali sekala kedua-dua pasukan berjayua menyusup petak penalti lawan. Beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan dengan harapan dapat membantu mempertajamkan jentera serangan pasukan masing-masing. Ketika baki perlawanan berbaki lima minit , pasukan proton berjaya memperolehi dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun kecekapan penjaga gol T-Team menafikan hajat Proton Fc mendapatkan kemenangan dilaman sendiri. Pasukan T-Team juga berusaha mencari gol kemenangan namun kegopohan penyerang muda t-team mengunakan peluang yang ada mengagakan misi utama mereka.Sehingga wisel penamat dibunyikan kedudukan kekal 0-0, Kini pasukan T-Team jatuh ketangga ke-4 liga selepas saingan terdekat mereka pasukan Felda united mencatatkan kemenangan. Felda Utd mengumpul 8 mata manakala T-Team 7mata, Pasukan kelab dari Sabah masih unggul di takhta liga. |