SEO Header Title

Piala Malaysia : Kelantan vs Terengganu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 04 March 2007

Stdm Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu

8.45 pm , 3hb Mac 2007

Pasukan Kelantan melakukan sepak mula dengan melakukan asakan awal kearah kubu pasukan Terengganu, namun beberapa serangan Skuad Sang Kijang ini berjaya dipatahkan oleh pertahanan Terengganu yang diketuai oleh pemain impot tinggi lampai, Fabio Flor yang mengawal kemas kubu beliau dari dibolosi lawan, Pemain Kelantan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda mempamerkan aksi pantas dengan larian kencang untuk menebusi kubu Terengganu tetapi kekurangan bantu dari rakan pasukan mengagalkan segala percubaan mereka manakala Terengganu hampir meletakkan mereka dihadapan apabila dihadiahkan sepakan sudut yang diambil oleh Helton Soares yang berjaya disambut baik oleh Shahrul Ezrain untuk meletakkan bola ke dalam gawang gol kelantan tatkala penjaga gol Kelantan sudah tertewas.Kelantan terus berusaha mencatur serangan dikala skuad sang penyu hanya mampu melancarkan sekali sekala keatas pertahanan lawan. Kelatan juga berpeluang menjaringkan gol apabila sepakan percuma yang diambil oleh salah seorang pemain impot Kelantan hampir menembusi pintu gol Terengganu namun syamsuri berjaya menepis bola tersebut dan terus melantun dalam kotak penalti dan segera dikeluarkan bola dari kawasan bahaya oleh pertahanan Terengganu.

Disaat Terengganu mengawal kemas kubu mereka, berlaku sedikit kelalaian menyebabkan penyerang kelantan berjaya melolosi kawalan dua pertahanan tinggi lampai Terengganu iaitu Fabio dan Marzuki namun Saiful Rusly muncul sebagai penyelamat keadaan apabila berjaya mencuri bola dikaki lawan untuk mengeluarkan bola tersebut dari kawasan bahaya. Jentera serangan Terengganu agak tumpul di separuh masa pertama , pemain pertahanan Kelantan dengan mudah menepis segala ancaman pasukan jiran mereka itu. Helton Soares gagal mengawal permainan dengan baik dan seringkali kehilangan bola disamping tidak berjaya menghantar kemas bola kepada rakan pasukan. Tamat separuh masa pertama dimana kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol

.
.Diseparuh masa kedua

Aksi dibabak kedua pasukan Terengganu dilihat ada sedikit peningkatan hasil beberapa teguran dibilik persalinan kepada pemain.Sebaiik wisel babak kedua dimulakan, Terengganu mula mengaturkan serangan untuk mencari gol pendahuluan tetapi masih gagal dihasilkan. Perlawanan sedikit terganggu apabila pemain kelantan mengalami kecederaan dan salah faham antara Helton soares dan Ismail Faruqi kerana mengeluarkan bola dikala pemain Kelantan cedera telah mendapat reaksi diantara dua penyokong Terengganu dan Kelantan. Ismail Faruqi dibawah keluar dan Norhisham masuk menggantikan tempat beliau dan tidak lama kemudian Terengganu melakukan pertukaran kedua dengan mengeluarkan Shahrul ezrain dan memasukan Zairo Anuar Zailani untuk tujunan percaturan perlawanan. kemasukan mereka berdua telah mengubah senario persembahan pasukan Terengganu yang agak tenggelam sepanjang tempoh sebelum kedua-dua mereka dibawa masuk. Zairo terlebih dahulu mencuri tumpuan dengan melakukan percubaan berbahaya kearah pintu gol kelantan menyebabkan penjaga gol kelantan terpaksa menumbukkan hasil percubaan jarak jauh Zairo., Zairo sekali lagi menjadi dalang kebangkitan Terengganu apabila bola sepakan sudut yang oleh beliau berjaya ditanduk kencang oleh Fabio Flor namun palang gol Kelantan menjadi penyelamat seketika gawang gol Kelantan. Permainan satu dua antara zairo dan norhisham mengundang masalah besar kepada pertahanan kelantan dikala Terengganu melakukan serangan bertali arus ke kubu kelantan .

Hasil serangan yang bertubi-tubi dari pemain Terengganu , akhirnya minit ke 68, Soares mendapat hantaran dari Norhisham dan membawa bola kearah kubu kelantan sambil mengelecek dua pemain kelantan dan seterusnya membuka ruang kepada Norfarham untuk menjaringkan gol pendahuluan Terengganu hasil percubaan beliau yang tidak dikawal oleh pemain kelantan yang sama sekali gagal diselamatkan oleh penjaga gol kelantan. Gol tersebut menaikkan kembali keyakinan pemain Terengganu untuk memburu gol kedua dan tidak lama kemudian , hasil hantaran cantik dari che hishamuddin yang melorong bola kepada farham dalam kotak penaltii Kelantan telah membuahkan hasil untuk gol kedua peribadi Norfarham apabila beliau dengan tenang memasukkan bola kedalam gawang kelantan untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke 70. Pasukan Kelantan makin tertekan menyebabkan kapten mereka dilayangkan kad merah kerana mengkasari Helton soares. Norfarham hampir melakukan jaringan hatrik apabila percubaan beliau sedikit sahaja sipi sebelaj kanan pinu gol kelatan. Wisel penamat dibunyikan, Terengganu berjaya mencatatkan kemenangan ketiga berturut untuk terus menghimpit pasukan Melaka yang kini unggul ditangga teratas kumpulan B.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?