|
Preview : DPMM FC vs Terengganu |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 28 February 2007 |
Skuad Penyu hari ini terbang ke Brunei dengan membawa misi mengutip 3 mata berharga bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga sekaligus menghambat Perlis yang masih lagi berada disinggahsana carta. Berkongsi mata dengan Brunei DPMM FC dengan 18 mata, sebarang kekalahan bagi Terengganu akan mengundang kejatuhan dalama carta Liga.Ini kerana Perak yang mengutip 15 mata dijangka tidak mempunyai masalah untuk membenam TMFC.Namun begitu, perhitungan 90 minit dipadang akan menjadi penentu.Pasukan yang terbaik pastinya akan pulang dengan membawa mata berharga tersebut. Terengganu yang turun tanpa kelibat penyerang Olimpik negara, Abd.Manaf Mamat, pastinya akan berusaha untuk mencari gol awal bagi memberi tonik segar bagi meneruskan cetakan gol. Menerusi gandingan dua penyerang licik, tidak mustahil pintu gol Brunei akan roboh dek rembatan deras pemain-pemain Terengganu itu.Sharlei Lins Mirinda membawa khabar gembira untuk kem Terengganu, apabila dia disahkan boleh bermain dan tenaganya pasti berguna untuk Yunus Aliff menconggak strategi bagi memerangkap benteng Brunei.
Gandingan Sharlei-Che Hishamuddin sekali lagi ditagih untuk menghasilkan gol selain daripada Zairo Anuar yang juga berupaya menjaringkan gol menerusi rembatan padu dan juga sepakan percuma. Ahmad Shahril dan juga pemain kebangsaan, Norfarhan Mohammad pula ditugaskan untuk membuat seberapa banyak hantaran silang ke tengah kotak penalti bagi disudahkan oleh pemain-pemain Terengganu.Larian laju mereka berdua pastinya memeningkan pemain Brunei yang merantai mereka.Manakala Zairo Anuar Zalani terus diberi kepercayaan untuk mengemudikan gerakan-gerakan menarik Terengganu malam ini. Zairo bukan berseorangan di tengah, kerana watak pembantu diserahkan kepada Helton Soares. Barisan benteng yang bakal diterajui oleh pemain import tinggi lampai, Fabio Flor diarahkan untuk merantai setiap gerakan pemain-pemain Brunei yang khabarnya cukup laju dan bertenaga.Shahrazen Said dan Francis Viban Bayong perlu diberi perhatian oleh anak-anak buah Yunus ALif kerana gandingan mereka berdua serta rakan-rakan lain menghadirkan gerun kepada pasukan lawan apatah lagi mereka merembat 21 gol dalam Liga Super. Shahrazen pula merupakan penjaring terbanyak liga setakat ini.Jika pemain-pemain Terengganu lalai dan leka, kesempatan ini akan diambil oleh Brunei. Barisan pemain diingatkan supaya sentiasa berwaspada agar hajat yang diimpikan tercapai. Jadikan stadium keramat mereka sebagai medan untuk Terengganu bangkit mencuri 3 mata yang diimpikan.Jika barisan pemain bersatu dan berusaha, tidak mustahil 3 mata dalam genggaman.Orang tahu akan gahnya Brunei dengan 21 gol, tetapi orang belum tahu akan ke’gah’nya Terengganu. Ayuh barisan impian, bulatkan minda, tekadkan azam, 3 mata berharga pasti milik kita.Kepada barisan Brunei, selamat menongkah arus. |
|
|