SEO Header Title

Penyu mudah benam ATM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 25 February 2007
Selayang. 24hb. Februari 2007. Terengganu meneruskan rekod menarik dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2007 apabila membenam cabaran ATM dengan dua gol tanpa balas malam tadi. Kemenangan ini membolehkan Terengganu untuk terus mengekori rapat sekalipun gagal untuk memintas pendahulu kumpulan iaitu Melaka yang juga mencatat kemenangan malam tadi. Beraksi dalam padang becak akibat hujan yang turun sebelum perlawanan, Yunus menurunkan kesebelasan utama kecuali memasukkan Shahril dan Ezrain bagi mengantikan tempat Fazli dan Manaf. Perlawanan dikuasai Terengganu tetapi para pemain ternyata sukar untuk bermain dengan baik bila beraksi dalam padang yang licin dan basah. Gerakan2 awal Terengganu melalui Asrul dan Farhan ternyata gagal dikoordinasi dengan baik menyebabkan hantaran2 yang ada tidak menepati sasaran. Lebih malang lagi apabila Sherlie mengalami hamstring seawal 10 minit pertama menyebabkan beliau terus digantikan dengan Che Hishamudin. Hanya beberapa situasi cemas di depan gawang ATM berlaku apabila minit ke7, umpanan Sherlie setelah melarikan bola disebelah kiri lalu menghantar kepada Farhan yang berjaya mengawal dengan baik lalu melepasi “marker"nya dan meledakkan tendangan deras yang sedikit sipi di sebelah kanan pintu gol. Berselang 2 minit kemudian silangan daripada Asrul yang begitu kencang ditampan oleh pertahanan lawan dan bola tersebut nyaris masuk ke dalam gawang sendiri. Minit ke13, sepakan percuma daripada jarak 25m yang diambil oleh Soares berjaya ditepis keluar penjaga gol ATM. Namun ketika perlawanan berlangsung dalam minit kecederaan, satu hantaran pantas daripada bawah lalu dilorongkan dengan baik oleh Zairo yang menuju kepada Farhan tatkala barisan belakang ATM membuat perangkap offside namun tidak menjadi. Farhan dengan tenang ketika berdepan dengan penjaga gol untuk melepaskan tendangan leret kencang ke sebelah kanan untuk menghasilkan gol pendahulu buat pelawat.

Separuh masa kedua, perlawanan lebih menarik dengan asakan2 Terengganu yang tidak putus2. Seawal minit ke6 hasil umpanan Che Hishamudin kepada Ezrain yang melihat ruang kosong yang ada lalu melepaskan tendangan volley ke dalam gol namun sedikit sasar di penjuru atas palang. Selang 5 minit kemudian, Che Hishamudin mengambil inistiatif sendiri dengan mengelecek tidak kurang tiga pertahanan lawan sebelum merembat tetapi tepat ke dakapan penjaga gawang ATM. Minit ke26 tidak lama selepas Ashaari masuk mengantikan Sharil, dia berjaya mencuba daripada sudut sukar namun cubaannya terkenan tiang kiri gol lawan. Minit ke31, hasil umpanan daripada tengah kepada Norhisham yang masuk mengantikan Saiful, dia melarikan bola ke sebelah kanan penjuru sudut sebelum melepaskan hantaran silang rendah yang berjaya ditampan dengan baik oleh Che Hishamudin bagi memberikan gol kedua untuk Penyu. Serangan2 selepas itu gagal menghasilkan gerakan atau percubaan yang menarik dan tambahan masa selama 3 minit juga gagal mengubah jumlah gol yang ada.

Terengganu: Syamsuri, Saiful (Hisham), Marzuki, Fabio, Ezrain, Asrul, Soares, Zairo, Shahril (Ashaari), Mirindha (C. Hishamudin), Farhan.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?