|
Preview : Terengganu vs TMFC |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 21 February 2007 |
STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH 21 FEBRUARI 2007 Liga Super bersambung kembali setelah memberi laluan kepada perlawanan kedua TM Piala Malaysia. Pertemuan Liga Super seterusnya diantara Terengganu dengan TMFC malam ini menjanjikan satu aksi yang pasti menghiburkan. Terengganu yang menduduki tangga kedua liga sudah pasti inginkan kemenangan untuk mengejar pendahulu liga, Perlis.Manakala TMFC yang baru mendapat jurulatih baru, Wan Jamak Wan Hassan juga inginkan 3 mata penuh untuk dibawa pulang sekaligus membaiki kedudukan dalam liga yang kini terperosok antara yang terbawah.
Terengganu yang turun dengan reputasi agak hebat setelah membelasah Pulau Pinang dalam Piala Malaysia dan membenam Melaka di bumi Hang Tuah dalam Liga Super.Terengganu yang baru mengalami satu kekalahan dalam Liga Super musim ini, melaungkan azam untuk memungut mata penuh bagi meneruskan rentetan kemenangan dan seterusnya memegang rekod tanpa kalah di stadium keramat SSINS itu.Manakala TMFC hadir bagaikan harimau kelaparan setelah kecundang dalam aksi Piala Malaysia Sabtu lalu di tangan Johor FC. Terengganu bakal diperkuatkan oleh penyerang negara yang sedang meningkat naik Norfarhan Mohammad yang bergandingan dengan Sharlei Lins sememangnya satu gandingan yang mantap untuk menembusi gawang TMFC malam ini. Bahagian serangan Terengganu terbukti hebat apabila Sharlei dan Norfarhan masing2 telah pun menyumbangkan gol untuk pasukan. Jentera tengah Terengganu cukup ampuh dengan gerakan bakal dijanakan oleh anak watan Terengganu, Zairo Anuar Zalani yang menjadi arkitek kebangkitan Terengganu dalam perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari.Zairo tidak keseorangan, beliau bakal dibantu oleh pemain import dari Brazil Helton Soares. Di kanan, lenggok badan menarik bakal dipertontonkan oleh Rosairil Asrul bagi membuat lintangan cantik ke tengah kotak penalti untuk disudahkan oleh Sharlei ataupun Farhan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Abdul Manaf Mamat yang kini berada bersama skuad Olimpik Malaysia bakal diisi oleh seorang lagi anak muda Terengganu, Ahmad Shahril Zakaria.Beliau yang boleh bermain di dua posisi berbeza dijangka akan membuat larian lajunya dari sebelah kiri, pastinya mencemaskan benteng TMFC. Barisan pertahanan juga terbukti hebat.Saiful Rusly yang ditugaskan sebagai bek kanan juga berupaya untuk membuat hantaran lintang yang baik manakala disebelah kiri pula, Norfazly Alias, keras bertahan.Dua tiang lampu ditengah pertahanan, menyukarkan pihak lawan untuk menembusi mereka.Kelibat Fabio Flor dan Marzuki Yusuf sering memberi masalah kepada penyerang lawan untuk melepasi halangan mereka.Digawang, tangan hikmat Syamsuri terus ditagih untuk menghampakan barisan TMFC malam ini. Namun begitu, TMFC tidak kurang hebatnya dengan tercantumnya kombinasi Shebby-Wan Jamak. Shebby mempunyai kelasnya yang tersendiri pastinya ingin menebus kehampaan apabila anak-anak didiknya tumpas dalam perlawanan sebelumnya.Manakala Wan Jamak untuk terus memberi arahan dari tempat duduk penonton kerana belum mendaftarkan diri sebagai pengendali pasukan.Jangan lupa, TMFC diperkuatkan oleh pemain tengah kebangsaan, Hardi Jaafar yang akan mencorakkan halatuju TMFC malam ini.Penyerang mereka juga agak berbisa setelah memanggil semula Chase Nosfwa kembali ke pangkuan pasukan. Mereka lupa bahawa kita juga mempunyai arkitek tengah yang cukup berbisa dengan rembatan padunya.Yunus Aliff sudahpun memasang perangkap untuk menjadikan TMFC mangsa seterusnya selepas Melaka dan Pulau Pinang.Beliau menyandarkan harapan kepada anak-anak didiknya untuk mengutip mata penuh untuk memanjat ke persada liga.Walaupun begitu, usah dipandang rendah akan kehebatan Shebby dan Wan Jamak.Sedikit kesilapan pasti mengundang padah untuk Sang Penyu. Apa yang diharapkan, ada pertemuan menarik dan menghiburkan dari kedua-dua pasukan.Pasukan yang lebih baik pastinya akan beroleh kemenangan.Adakah Sang Penyu yang terus berenang-renang atau TMFC yang terus mempunyai ‘coverage’ yang baik? Sama-sama kita tunggu akan kegembiraan Sang Penyu malam ini. |
|
|