SEO Header Title

Liga Presiden : Terengganu bergaya di laman sendiri PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 15 February 2007
15hb Feb, K.Trg - Skuad Piala Presiden Terengganu mengikuti jejak langkah Skuad Liga Super apabila berjaya membenamkan Melaka dalam perlawanan ketiga Piala Presiden dengan 2-0.Terengganu memperlihatkan kejaguhan mereka apabila lebih banyak menguasai permainan.Namun penguasaan tersebut berjaya disekat oleh pemain-pemain Melaka yang begitu utuh bertahan. Terengganu yang menurunkan 3 pemain dari skuad Liga Super iaitu Syam Sharil Ghulam, Cheku Ahmad Rusydi dan NorAliff nampak begitu berbahaya dengan serangan yang bertali arus.Tetapi benteng Melaka begitu kebal untuk ditembusi. Kombinasi Syam Sharil dan Muslim tidak dapat melakukan penyudahan tepat sehinggalah Muslim berjaya menjaringkan gol pertama Terengganu kira-kira 15 permainan separuh masa pertama ditamatkan.Gol tersebut berpunca dari serangan balas oleh pemain-pemain Terengganu.Syam Sharil yang mengutip bola dari tengah padang membawa ke sebelah kiri pintu gol Melaka membuat hantaran lintang separa dada ke tengah kotak penalti.Muslim yang berada disitu bersama-sama bek Melaka menghulurkan kaki untuk meletakkan Terengganu didepan.

Selepas jaringan tersebut, Melaka meningkatkan asakan dan sesekali membuat serangan namun ianya berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Cheku Rusdi.Terengganu hampir menambah satu gol lagi diseparuh masa pertama, apabila sepakan percuma daripada Hariri terus kearah gawang tetapi penjaga gol Melaka berjaya menolak bola tersebut sipi diatas palang.Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Terengganu membuat sepak mula separuh masa kedua dengan menggandakan asakan bagi menambah jaringan.Tetapi sekali lagi benteng Melaka berjaya mengekang asakan tersebut. Pemain-pemain tengah Terengganu iaitu Syukur Jusuh,Hariri dan Aliff seringkali memporak-perandakan benteng Melaka tetapi penyudahan pula tidak berkesan. Kadang kala permainan skuad Terengganu tidak teratur sehingga membolehkan Melaka sesekali membuat serangan.

Pemain gantian Ros Mohd Muharam masuk menggantikan Syam Sharil namun ianya juga tidak mendatangkan hasil. Banyak peluang diperolehi olehnya tetapi kelambatan dan kegopohan beliau menyebabkan Terengganu gagal menembusi gawang Melaka untuk tambahan gol.Dalam asyik mengekang asakan Terengganu, pemain Melaka menghadiahkan sepakan penalti kepada Terengganu setelah bergelut dengan Muharam yang mana pemain tersebut terpaksa menggunakan tangan agar penyerang Terengganu tersebut tidak berjaya melepaskan rembatan. Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan tersebut.Sepakan yang diambil oleh Aliff itu berjaya menambahkan jaringan setelah rembatannya menerjah disebelah kiri gol Melaka.

Semangat yang diperolehi hasil dari gol kedua tersebut, Terengganu menggandakan asakan namun tidak penyudahan tepat berjaya dilakukan.Pengadil meniupkan wisel penamat untuk memberikan kemenangan kepada Terengganu.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?