|
Terengganu catat kemenangan di Melaka |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 15 February 2007 |
|
15 Feb,Kuala Perlis:Setelah 4 perlawanan tanpa menang, skuad Terengganu bertandang ke Stadium Hang Jebat dengan azam memburu kemenangan dalam Liga Super. Ternyata, kekalahan sebelum ini telah diambil iktibar oleh pemain-pemain dan pihak pengurusan. Dan 3 mata berjaya diperolehi oleh skuad Terengganu. Dengan menurunkan kesebelasan Syamsuri Mustafa, Saiful Rusli, Fabio Flor, Nor Fazly dan Shahril Zakaria di bahagian pertahanan, Rosairil Asrul, Helton Soares, Ismail Faruqi dan Shahrul Ezrain di bahagian tengah, serta gandingan Nor Farhan dan Sharlei Lins Mirandha, 3 gol berjaya dihasilkan dan memungut 3 mata penuh.
Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling serang menyerang, namun tiada gol yang berjaya dihasilkan. Namun, masuk sahaja separuh masa kedua, Terengganu dan Melaka terus mengasak. Hasilnya, Melaka mendahului Terengganu pada minit ke 54 menerusi Patrick Volf yang merembat gol mengelirukan Syamsuri Mustafa. Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu melakukan pertukaran memasukkan Ashaari Shamsudin menggantikan Shahrul Ezrain bagi menguatkan bahagian serangan. Ternyata pertukaran ini masih belum berhasil. Lantas pertukaran kedua dilakukan, Zairo Anuar Zailani dimasukkan. Berpunca dari sepakan sudut Zairo Anuar Zailani, Ashaari Shamsudin menanduk kencang dan menghasilkan gol penyamaan. Ini adalah jaringan pertama Ashaari Shamsudin dalam liga Super musim ini. Gol semangat yang dihasilkan itu menyuntik kembali hasrat pemain- pemain bagi menggandakan asakan demi asakan. Dan, hasilnya minit ke 67 Sharlei Lins Mirandha menanduk masuk hantaran Soares untuk gol kedua Terengganu. Mendahului di depan ternyata tidak membantutkan hasrat pemain-pemain untuk terus memburu jaringan yang lebih besar. Farhan, yang bergandingan baik dengan Sharlei terus menghukum Melaka dengan jaringan ke 3 pada minit ke 70. Gol ketiga it terus menghanyutkan Melaka untuk sekurang-kurangnya memungut 1 mata. Keputusan Penuh: Melaka 1 Terengganu 3 Melaka: min 54-Patrick Volf Terennganu :min 58- Ashaari Shamsudin min 67: Sharlei Lins Mirandha min 70: Nor Farhan MUhamad |
|
|