SEO Header Title

PREVIEW - TM LIGA SUPER 2007 MELAKA VS TERENGGANU PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 13 February 2007

Stadium Hang Jebat , Melaka

Jam 8.00 Malam , 14 Feb 2007

13hb Feb, K.Trg ,  Saingan liga super kembali selepas tiga minggu liga malaysia berehat kerana menumpukan kepada kejohanan Piala asean, Piala FA dan Piala Malaysia. Jadual yang ketat menanti kesemua pasukan dalam liga Malaysia samada liga perdana atau liga super apabila pemburuan tiga piala dilangsungkan secara serentak. Format baru yang diguna pakai oleh FAM adalah mengambil contoh Liga England untuk tidak memberi ruang masa yang panjang buat semua pasukan merehatkan pemain mereka.

Terengganu yang kini menduduki tangga ketiga liga hanya dipisahkan dengan jaringan dengan pasukan tangga kedua iaitu pasukan Pahang Darul Makmur apabila mereka berkongsi mata hasil dengan empat kemenangan dua kali seri dan kalah sekali selepas mengharungi tujuh perlawanan liga. Pretasi Skuad Sang Penyu kini dilihat makin menurun selepas mereka tewas kepada pasukan Perlis seterusnya seri dengan Pahang kemudian tewas mengejut kepada pasukan Johor Pasir Gudang dalam saingan Piala FA dan beberapa hari lepas mereka hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan N.Sembilan Naza dalam Kejohanan Piala Malaysia. Kemarau gol dan ketumpulan jentera serangan oleh pasukan ini amat mengrungsingkan pengurusan PBSNT dan peminat setia pasukan Terengganu ini.

 

Kemerosotan prestasi ini berkemungkinan berpunca ketiadaan pemain utama dalam pasukan kerana terlibat dengan skuad negara, kecederaan dan penggantungan serta tempoh rehat yang panjang menyebabkan pemain gagal mengekalkan tempo permainan cemerlang mereka seperti yang mereka lakukan sebelum ini .Namun semua itu bukan menjadi alasan utama untuk Terengganu terus merosot dalam saingan liga ini. Pemain harus bertanggungjawab untuk kembali menyiapkan diri mereka dipuncak prestasi untuk terus berjuang menghadapi saingan sengit dalam kejohanan elit liga malaysia ini.

Pertemuan dengan Pasukan Melaka malam esok di tempat lawan harus dijadikan medan untuk mereka kembali bangkit dan mencatatkan kemenangan serta menjaringkan seberapa banyak gol yang mereka mampu lakukan walaupun mereka menyedari pasukan Melaka kini bukan lagi pasukan yang boleh dipandang rendah. Melaka mampu menundukan pasukan Terengganu jika mutu persembahan mereka terus merosot. Melaka kini mempamerkan kebangkitan untuk kembali bersaingan dalam liga super ini walaupun mereka kini berada didasar liga namun belum terlambat buat mereka untuk bangkit dan memberi cabaran sengit kepada pasukan yang lebih kuat . Penyerang impot merka Alberto Escobar kini menjadi tunjang utama kepada kejayaan pasukan Melaka sejak akhir-akhir ini. Terengganu harus berhati-hati menghadapi ancaman dari penyerang berbisa mereka ini dan berusaha mengawal kubu terakhir dari dibolosi lawan.

Pasukan Terengganu tiada pilihan lain untuk menarik kembali bilangan penonton berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah yang agak merosot dalam perlawanan lalu dengan memberi kemenangan buat peminat mereka.

Dalam perlawanan malam esok, Terengganu akan kehilangan tiga tonggak penting iaitu Marzuki Yusof dan Norhisham kerana menjalani penggantungan perlawanan serta Che Hishamuddin yang mengalami kecederaan . Ini bermakna , Norfazly Alias akan mengambil posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Marzuki manakala posisi kiri yang dipegang oleh Norfazly sebelum ini akan digalas oleh pemain muda berbakat , Shahril . Dibahagian tengah pula, Yunus Aliff akan menggunakan Soares, Ismail Faruqi, Azrul dan Shahrul Ezrain manakala di posisi serangan kudrat dan kelajuan Sharlei Mirinda serta Farham ditugaskan untuk menggempur kubu Melaka.

 
< Prev   Next >

Polls

Bolasepak Malaysia akan bertambah meningkat tanpa pemain import?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?