SEO Header Title

T-TEAM (0) VS BEVERLY CLUB (1) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 12 February 2007
11hb Feb,K.Trg, Pasukan amatur Terengganu atau dikenali T-TEAM tunduk kepada wakil dari Sabah iaitu Kelab Beverly di halaman sendiri malam tadi didalam saingan TM Liga FAM 2007. Kedua-dua pasukan yang tampil dalam perlawanan kedua ini rekod bersih apabila kedua-duanya berjaya menumbangkan lawan masing-masing didalam perlawanan pertama minggu lalu. T-Team dalam perlawanan pertama berjaya menundukkan pasukan RAMD, 3-1 di kandang lawan manakala Kelab Beverly menewaskan paskan Felda United, 2-1 ditempat sendiri. Rentetan dari kemenangan semangat yang dicapai oleh kedua-dua pasukan, perlawanan yang berlangsung malam tadi menjadi medan kepada kedua-dua pasukan untuk menciptakan kemenangan kedua berturut-turut namun walaubagaimanapun pasukan Kelab Beverly lebih bertuah kerana mempamerkan aksi yang lebih kemas jika dibandingkan dengan prestasi pasukan tuan rumah dan hasilnya mereka berjaya mencatat kejayaan kedua apabila menumbang pasukan tuan rumah dengan jaringan tipis 1-0. Dalam aksi tersebut, T-Team dilihat gagal mempamerkan aksi yang serupa ketika menewaskan RAMD minggu lalu malah tuan rumah dilihat agak tertekan dengan serangan bertali arus dipasukan pelawat. Jentera tengah T-Team gagal berfungsi dengan baik untuk menghantar bola kepada penyerang dibarisan hadapan menyebabkan mencuri kesempatan diatas kelemahan tersebut dan mereka akhirnya dihukum apabila tunduk kepada lawan dihujung perlawanan.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?