|
Preview Match TM Piala Malaysia 2007 : Terenganu vs N.Sembilan Naza |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 09 February 2007 |
|
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Jam: 8.45 Malam , 10hb Feb 2006 Kempen Piala Malaysia musim 2007 akan menyingkapkan tirainya malam esok.Format baru yang diperkenalkan oleh FAM akan memberikan lebih banyak perlawanan dan jadual yang begitu padat. Terengganu yang diletakkan daam kumpulan B bersama-sama dengan lima pasukan lain iaitu Pulau Pinang, N.Sembilan Naza, Kelantan, Melaka dan ATM Malaysia dilihat mempunyai peluang cerah untuk keperingkat seterusnya jika mengekalkan prestasi yang konsisten sepanjang musim ini. Pertemuan pembuka tirai antara Terengganu dan Negeri Sembilan Naza amat dinanti-nantikan oleh para penyokong kedua-dua pasukan.Negeri Sembilan Naza yang dibimbing Hatem Soussi pastinya ingin membalas dendam atas kekalahan kepada pasukan Penyu ini dalam Piala Malaysia musim lalu di Paroi.Kekalahan 3-1 itu memberikan kenangan yang cukup pahit kepada Negeri Sembilan Naza dan sudah pastinya mereka ingin membalas dendam kekalahan tersebut setelah tidak berupaya melakukannya di Kuala Terengganu dalam Piala Malaysia musim lepas.
Terkeluarnya Terengganu dari saigan Piala FA setelah kecundang kepada Johor Pasir Gudang minggu lalu, tidak sedikitpun menjejaskan moral dan semangat pemain.Malah skuad Penyu itu ingin menebus kekecewaan itu dengan Skuad Rusa akan menjadi taruhan.Kombinasi mantap seharusnya menjadi sandaran Yunus Alif untuk merobek gawang N.Sembilan.Gandingan penyerang veteran dengan pemain import dari Brazil terus diberi kepercayaan untuk membantu Penyu meraih 3 mata berharga dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia ini. Kelibat anak-anak muda Terengganu sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menggalas misi kali ini. Ahmad Shahril Zakaria, Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat, Nor Farhan, Ashaari Shamsudin dan Nur Aliff, nama-nama yang bakal menjulang kemenangan Terengganu.Bersandarkan Fabio Flor bersama Marzuki, Saiful Rusly dan Shahrul Ezrain semestinya menjadi benteng kukuh untuk merantai kelibat pemain import baru Negeri Sembilan Naza. Manakala digawang pula akan menemuikan dua penjaga gol terbaik negara iaitu , Syamsuri yang menjadi pilihan utama Penyu dan Azizon yang mengintai peluang untuk menjadi penjaga gawang no. satu negara juga menjadi taruhan Hatem Soussi.Perhitungan menarik kedua-dua penjaga gawang negara ini. Apa yang pasti, pertemuan kedua-dua pasukan sering kali menghadirkan aksi terbaik dan cukup menghiburkan. Dipihak Terengganu, sudah pasti ingin mereka memburu 3 mata berharga untuk memberikan keselesaan dalam carta kempen Piala Malaysia.Manakala Negeri Sembilan Naza juga mencari keselesaan yang sama. Kepada skuad Penyu, ayuh bangkitlah. P/S:Bagi peminat bola Terengganu yang tidak dapat mengikuti perlawanan secara langsung di Stadium, sila ikuti perkembangan secara langsung melalui laporan minit ke minit dalam forum website ini oleh koresponden Ganusoccer di Stadium. |
|
|