SEO Header Title

Preview Match TM Piala FA 2007 Johor Pasir Gudang vs Terengganu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 06 February 2007
Setelah liga malaysia bercuti panjang selama dua minggu kerana memberi tumpuan kepada piala asean yang baru berlalu minggu lalu, kini kemeriahan liga malaysia kembali menemui peminat diseluruh negara dan malam ini , peminat dari pasukan Johor Pasir Gudang dan Terengganu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dimana pasukan Johor PG menjadi tuan rumah menanti kehadiran pasukan Sang Penyu yang pastinya mempunyai misi untuk menjinakkan pasukan dari selatan ini. Status pasukan Johor PG yang kini berada dalam liga perdana tidak akan menjadi alasan untuk mereka gentar dengan kehadiran dari pasukan liga super Terengganu. Sebagai pasukan under dog, Johor sudah tentu tidak memberi laluan mudah untuk membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya malah akan berusaha bermati-matian untuk menundukkan pasukan kendalian Yunus Aliff itu. Sejarah membuktikan pasukan underdog sentiasa memberi ancaman penuh membahaya kepada Terengganu setiap kali mereka beraksi. Bagi Terengganu pula, Kehadiran penyerang utama mereka, Norfarham Mohammad yang baru pulih dari kecederaan tangan tempohari memberi suntikan penting kepada pasukan disamping kembalinya penjaga gol kebangsaan , Syamsuri Mustafa yang akan mengawal kubu terakhir Terengganu dari dibolosi gol pastinya memberi keyakinan tinggi pasukan rakan sepasukan untuk mencipta kemenangan. Manakala pemain impot terbaik Terengganu musim lalu, Fabio Flor juga memberi khabaran gembira buat peminat Terengganu apabila beliau dibenarkan beraksi selepas selesai menjalani penggantungan kerana menerima kad merah ketika menentang Perlis tempohari. Kehadiran semua pemain utama Terengganu kedalam pasukan pastinya memberi khabaran berita buruk buat pasukan Johor PG.

Pertandingan kalah mati ini sentiasa memberi kejutan , namun Terengganu sudah pasti tidak mahu dimalukan oleh pasukan Johor PG. Saingan kedua-dua pasukan yang dahagakan kemenangan ini pastinya menghadirkan satu perlawanan yang amat sengit.

p/s:Buat peminat Terengganu, jangan lupa ikuti liputan langsung untuk mengetahui kedudukan terkini mengenai perlawanan ini dalam forum ganusoccer.net pada malam ini. Harap Maklum.

 
< Prev   Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?