4hb Feb, RAMD terpaksa akur kepada kehebatan pasukan pelawat dari pantai timur ini apabila mereka tunduk kepada pasukan T-TEAM yang baru dibentuk tahun lalu dengan jaringan 1-3 yang baru berakhir sebentar tadi di Kem Terendak Melaka. Pasukan T-Team yang turun ke tempat lawan mengetahu kekuatan pasukan RAMD yang telah dibentuk sekian lama , namun dengan semangat juang dan kemahuan untuk menang yang tinggi menutupi segala kegerunan ancaman pihak lawan. T-Team sebelum ini sudah didedahkan dengan perlawanan persahabatan pasukan liga super , menyedari kesilapan dan kelemahan yang harus diperbaiki dalam perjuangan sebenarnya nanti dan berlandaskan dari pengalaman tersebut mereka mempraktikan dalam pertemuan pada petang ini. Ternyata segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan cemerlang. T-Team terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui penyerang utama T-team , Mohd Azlan Edrus pada separuh masa pertama kemudiannya T-Team terus mengorak langkah apabila menambahkan jaringan kedua melalui pemain pertahanan dan juga kapten T-Team iaitu Mohd Saiful Azrin sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.
Apabila wisel separuh masa kedua dibunyikan, T-Team terus memburu jaringan walaupun agak selesa dengan dua jaringan di separuh masa pertama. RAMD yanf sekali sekala cuba melakukan serangan ke kubu lawan tetapi kekebalan kubu pertahanan T-Team menafikan segala hajat RAMD untuk menjaringkan gol sebaliknya T-Team menambah satu lagi jaringan menerusi Moh Azlan Edrus yang merupakan gol peribadi keduanya dalam perlawanan ini untuk meletakkan pasukan T-Team selasa dihadapan dengan jaringan 3-0 , Setelah menyedari mereka berada di posisi selamat, pasukan T-Team mengendurkan serangan mereka dan RAMD terus berusaha mencari gol sulung dan hasilnya mereka berjaya juga memperolehi gol saguhati diminit-minit akhir perlawanan dan perlawanan berkesudahan T-Team menang 3-1 keatas RAMD serta memberi tiga mata berharga buat T-Team untuk mencuri tempat yang lebih baik dalam Liga FAM.
T-Team akan turun pada perlawanan kedua mereka di halaman sendiri pada Ahad hadapan 11 Feb dengan menentang pasukan Kelab Beverly dari Sabah.
Lain-lain keputusan, di Kota Kinabalu, Kelab Beverly menundukkan Kelab Felda United dengan jaringan 2-1