|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 04 February 2007 |
|
Jasin, Melaka , Pasukan amatur Terengganu , Kelab Bolasepak Daerah K.Terengganu atau dikenali T-TEAM akan turun menghadapi perlawanan sulung mereka ditempat lawan pada petang ini dan akan berhadapan dengan pasukan Tentera Malaysia iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di laman mereka. Kini sampailah masanya pasukan T-Team memberi sepenuh komitmen kepada perlawanan untuk mengalas cabaran dan amanah yang ditanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menaja penuh segala kewangan untuk pasukan ini dengan harapan segala bakat yang dimiliki anak Terengganu yang gagal mendapat tempat dalam skuad elit Terengganu mampu mempamerkan keupayaan mereka yang sebenar sebelum mereka mampu bergerak lebih jauh dalam Liga Bolasepak Malaysia yang lebih tinggi. Adunan pemain pengalaman dan tiada pengalaman dalam pasukan ini sudah tentu banyak kelemahan yang diperlihat sebelum dapat membentuk sebuah pasukan mantap pada tahun seterusnya. ibarat anak kecil yang baru bertatih , pengurusan tidak meletak sebarangan harapan tinggi untuk menempatkan pasukan ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik liga FAM, cukup mereka mampu berada dalam 5 pasukan terbaik liga ini.
Bekas pemain skuad liga perdana Terengganu iaitu Zulharisam Awang tidak akan turun beraksi hari ini kerana digantung satu perlawanan kesan dari penerimaan kad merah yang dilayangkan kepada beliau dalam perlawanan piala malaysia tahun lalu ketika menentang perlis, beliau akan turun beraksi pada perlawanan kedua begitu juga dengan penyerang muda Terengganu iaitu Mohd Aliff Afifi yang turut digantung 3 perlawanan ketika terlibat dalam aksi kekasaran dalam liga simpanan ketika bertemu pasukan selangor tahun lalu. Hari ini , T-Team akan dibarisi Ariffin Musa selaku penjaga gol , Saiful Azrin (Kapten), Norzaidi, Syed Mohd Sabri dan Kamal Jala dibarisan pertahanan manakala barisan tengah dibarisi oleh Syed Ridzuan, Shafuan,Zulhelmi dan Azrul Azran dan akhir sekali di jentera serangan dipikul tugas oleh Mohd Azlan Edrus dan Shazlisham Mampukah T-Team mempamerkan aksi kemas dalam pertemuan pertama ini, segala persiapan rapi telah dilaksanakan, diharapkan mereka mampu menghasilkan keputusan positif pada petang ini. |
|
|