|
Liga Super 2009 - Skuad Penyu |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Monday, 13 October 2008 |
|
PENYU MULAKAN LATIHAN
K.Trg - Jaguh Pantai Timur, Terengganu membuka cabaran Liga Super 2009 dengan memulakan latihan pertama skuad hitam putih itu Sabtu lepas.Latihan yang diadakan di Padang Latihan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak itu dihadiri oleh hampir kesemua pemain yang dikekalkan musim lalu. Beberapa pemain muda juga turun menjalani latihan hari pertama tersebut.Walaupun lama berehat namun ianya tidak mematahkan semangat pemain malah semua pemain dilihat lebih bersemangat untuk membuka lembaran baru musim 2009.Latihan bukanlah satu latihan berat malah ianya lebih kepada latihan permulaan untuk mencari kecergasan pemain.
Hampir kesemua pemain musim lalu dikekalkan oleh pengurusan skuad Terengganu.Hanya dua pemain yang digugurkan iaitu penyerang berasal dari Kelantan Che Hishamuddin dan pemain pertahanan yang mengalami kecederaan panjang iaitu Zulfahmi Ariffin. Sessi latihan tersebut dikendalikan oleh ketua jurulatih Mohamad Nik yang dilantik menerajui skuad Terengganu musim 2009 ini setelah cemerlang membawa Terengganu ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia apabila mengambil alih skuad daripada Yunus Aliff di pertengahan saingan Piala Malaysia musim lalu. Mohamad Nik dibantu oleh jurulatih skuad emas SUKMA yang juga jurulatih skuad Piala Presiden Terengganu musim lalu iaitu Khalid Md Dahan. Gabungan pengalaman kedua-dua jurulatih tersebut dilihat oleh PBSNT mampu pergi lebih jauh musim depan.
Beberapa pemain yang ditemui dalam sessi latihan tersebut, mereka menyambut baik langkah jurulatih pasukan yang memulakan latihan awal bagi menghadapi saingan Liga Super 2009. Pemain tersebut menyatakan bahawa, latihan yang dijalankan tadi amat baik dan dia mengharapkan ada peningkatan kecergasan untuk merebut slot kesebelasan utama. Sessi latihan tersebut juga dihadiri oleh beberapa pemain skuad emas SUKMA dan skuad Piala Presiden yang dinaiktaraf ke skuad utama negeri. Mereka perlu bersaing untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama.Skuad ini akan terus menjalani latihan bagi meningkatkan kecergasan pemain yang nampak kurang cergas setelah lama bercuti. |
|