|
Sang Penyu Tumbangkan Tok Gajah Dikandang sendiri |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 01 February 2007 |
|
1hb Feb , K.Trganu, Terengganu memulakan kanan dalam liga presiden dalam misi untuk mempertahankan piala yang mereka menangi pada tahun lalu,apabila menang tipis keatas pasukan Pahang dengan jaringan 2-1 hasil dua jaringan gol melalui sepakan penalti yang berjaya dilaksanakan oleh Ismail Faruqi dan Moh Nuraliff. Dibarisi lima pemain dari liga super , Terengganu dilihat mampu bergerak lebih jauh kerana masih mengekalkan sebahagian pemain utama yang menjuarai liga ini tahun lalu.
Dalam perlawanan pada petang khamis itu, Terengganu memulakan sepak mula dengan corak serangan yang menyakinkan walaupun dilihat agak tumpul dijentera serangan dan hasil serangan bertali arus , Terengganu dihadiahkan sepakan penalti kerana kekasaran yang dilakukan oleh pemain pahang, Ismail Faruqi dengan tenang menyudahkan sepakan tersebut . Pahang yang agak tersentak dengan jaringan tersebut mula bangkit dan melancarkan serangan yang agak kemas dan akhirnya memperolehi gol penyamaan melalui percubaan cantik jarak jauh oleh pemain pahang selepas 7 minit Terengganu memperolehi gol pertama. Selepas itu , pasukan Terengganu lihat lebih tertekan, permainan tidak tersusun, mudah kehilangan bola dan hilang tumpuan, pahang menggunakan kesempatan tersebut untuk terus mengasak kubu Terengganu namun sehingga separuh masa pertama tamat , kedudukan terikat 1-1, diseparuh masa kedua, Terengganu memperkemaskan kembali mutu permainan mereka melalui strategi yang dicipta oleh jurulatih Terengganu, Khalid Md Dahan, terbukti tidak lama kemudian , Terengganu berjaya mendahului lawan buat kali kedua apabila sekali lagi Terengganu dihadiahka penalti oleh pengadil perlawanan. Kali ini, Md Nuraliff ditugaskan mengambil sepakan tersebut dan berjaya juga disudahinya untuk meletakan Terengganu kembali dihadapan dengan jaringan 2-1 dan kedudukan ini kekal hingga wisel penamat. Hasrat tok gajah untuk mencuri tiga mata di kandang lawan berkecai dan terpaksa pulang dengan tangan kosong. |
|
|