|
Separuh Akhir 1 : Kedah lwn Terengganu |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Wednesday, 13 August 2008 |
SEMANGAT MEMBARA
Skuad Terengganu turun ke Stadium Darulaman malam ini dengan semangat membara.Kejayaan menundukkan barisan berpengalaman Perlis diperingkat suku akhir memberikan satu tonik tambahan untuk menghadapi lawan yang dianggap pasukan pilihan, Kedah Darul Aman dalam saingan peringkat separuh akhir malam ini.Pemain-pemain Terengganu semakin bersemangat untuk mengaibkan Kedah di gelanggang lawan malam ini namun mereka mengakui bahawa bukan jalan mudah untuk menundukkan barisan 'hebat' milik Kedah.Barisan pemain Kedah merupakan barisan bintang manakala pemain-pemain Terengganu pula adalah barisan yang mampu membuat kejutan malam ini.
Berbekalkan semangat pernah menundukkan Kedah ketika saingan liga di Kuala Terengganu, anak-anak buah Mohamad Nik dan Cheku Marzuki sekali lagi ingin menterjemahkan peluang yang terhidang kepada jaringan yang mampu melenyapkan sorakan lautan hijau kuning malam ini.
Tumpuan pastinya terarah kepada Marlon Alex James dan Khyrel Muhaimin di pihak Kedah tetapi jangan dilupakan kudrat anak muda Terengganu yang pastinya "diam-diam ubi berisi", mencari ruang, mencuri peluang dan seterusnya merealitikan gol.Kedah yang dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia dilihat mampu merealisasikan hasrat tersebut namun begitu, barisan sedia ada Terengganu tidak akan memberi laluan mudah.Malah mereka juga berikrar untuk mencapai kemenangan dan mencari bekalan selesa sebelum menyambut kehadiran Kedah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, ahad depan.Bersandarkan kepada penyerang tempatan, Terengganu tidak akan mensia-siakan peluang yang terhidang ini untuk mencari seberapa banyak gol bagi mendapat bekalan selesa nanti.
Bertarung selama 120 minit ketika peringkat suku akhir kedua menentang Perlis di Kangar menampakkan sedikit keletihan namun itu bukan alasan untuk pemain-pemain Terengganu menunjukkan satu permainan menarik dan seterusnya mencari kedudukan selesa untuk mara ke perlawanan akhir.
Masih terlalu awal untuk membicarakan perlawanan akhir, namun penyokong-penyokong Terengganu terus berkeyakinan yang pasukan kesayangan mereka bakal mencuri salah satu slot ke perlawanan akhir minggu depan.Namun, mereka sedar Kedah bukanlah calang-calang pasukan dan mereka menharapkan pemain-pemain Terengganu beraksi cemerlang di Alor Setar agar dapat mencerahkan peluang bertemu Selangor atau Johor FC di perlawanan akhir nanti.Apa yang pasti, penyokong-penyokong menuntut pemain bermain sebaik mungkin malam ini agar bekalan selesa dapat dibawa pulang ke Kuala Terengganu.
Pemain-pemain yang sedang membara ketika ini, ingin menebus kekalahan kepada Kedah musim lalu, juga diperingkat separuh akhir.Mereka berazam untuk menundukkan Kedah dan mereka mengharapkan kali ini berpihak kepada Terengganu.Mereka juga mengharapkan sokongan padu daripada penyokong-penyokong Terengganu untuk turun ke stadium Darul Aman malam ini dan ke stadium Sultan Mizan ahad ini untuk memberi sokongan padu.Mereka juga mengharapkan doa daripada semua penyokong agar perjuangan mereka di permudahkan dan memperolehi kejayaan.
Ayuh wira-wira Terengganu...lakukanlah yang terbaik...kami iringkan dengan doa dan harapan.... |
|
|