SEO Header Title

Piala Malaysia : Terengganu lwn Sarawak PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Thursday, 31 July 2008
SANG PENYU CARI 3 MATA PENTING

Sang Penyu turun menentang Bujang Senang Sabtu ini dengan satu tekad, memungut 3 mata berharga untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Terengganu yang berada di tangga kedua di belakang Selangor perlu mencari kemenangan agar kemaraan ke suku akhir dalam keadaan yang selesa. Terengganu hanya dipisahkan 2 mata dengan pasukan di tangga ketiga iaitu Kelantan perlu mencari kemenangan supaya Kelantan yang terdesak tidak mampu memotong kedudukan Terengganu.

Turun dengan semangat bermain di Stadium Sultan Mizan yang menyaksikan Melaka di belasah dua minggu lalu, ingin menjadikan Bujang Senang mangsa seterusnya di stadium baru tersebut.Kembalinya dua tonggak pasukan setelah bertugas untuk negara dilihat menjadi tonik tambahan kepada pengendali pasukan Mohamad Nik dalam menyempurnakan misi ini. Zairo Anuar Zalani dan Ashaari Shamsudin bakal memberikan sesuatu yang bermakna untuk pasukan setelah mengecap pengalaman bertempur dengan pemain bertaraf dunia. Pengalaman yang dikutip bakal digunakan dalam pertemuan menentang Sarawak.

Terengganu yang dianggap pilihan untuk mara ke suku akhir tidak sesekali memandang rendah akan keupayaan Sarawak. Mengikut rekod pertemuan Liga Super musim ini, Terengganu memenangi kedua-dua perlawanan.4 - 0  di K. Terengganu dan 4 - 2 di Kuching.Manakala pertemuan pusingan pertama Piala Malaysia di Kuching, Terengganu mengalami kekalahan 1-2. Walaupun Sarawak sudah pun terkeluar dr persaingan merebut tempat ke suku akhir, namun pasukan ini pastinya akan jadi pengacau dan mereka juga mahukan kemenangan bagi menutup persaingan Piala Malaysia musim ini dengan   penuh bergaya.Misi mereka mengaibkan Terengganu di gelanggang sendiri.

Namun begitu, tidak semudah yang disangka.Pengendali Terengganu Mohamad Nik dan Cheku Marzuki sudah pasti mempunyai ramuan dan tonik untuk diberikan kepada anak-anak buahnya dalam hasrat menundukkan Sarawak.Sudah pasti senjata utama dua pengendali berpengalaman itu, terarah kepada 2 kelibat anak muda yang sedang meningkat naik, Abdul Manaf Mamat dan Wan Aliff Jasmin untuk merobek gawang lawan.Keberkesanan Manaf Mamat dalam menjaringkan gol sejak akhir2 ini sekali lagi ditagih untuk terus mendominasikan jaringan dan seterusnya membantu Terengganu ke suku akhir.Manakala dibahagian tengah pasukan pula, sudah pastinya gandingan muka baru dan pemain berpengalaman sekali lagi ditagih untuk mencipta kemenangan sebagaimana dilaksanakan ketika memungut kemenangan ketika menentang N.Sembilan,Kelantan dan Melaka. Ismail Faruqi dan Zairo Anuar sekali lagi diberi mandat untuk mendominasikan bahagian tengah sambil dibantu oleh sayap licik, Ashaari Shamsuddin dan juga pemain import Jocian Bento.Kemaraan Sarawak pastinya disekat oleh 4 serangkai yang setakat ni beraksi cemerlang.Marzuki, Shahrul Ezrain,Hairul Nizam dan Muhaimin menjadi tulang belakang kepada benteng yang semakin kukuh kini.Marzuki yang dulunya tidak diberi harapan untuk menjaringkan gol, kini semakin menunjukkan taringnya apabila sudah menjaringkan dua gol dalam persaingan Piala Malaysia ini.Manakala tangan hikmat terus dimiliki oleh Sharbini Allawee.

Mungkin ada kejutan yang menggembirakan yang akan dilakukan oleh Mohamad Nik dan Cheku Marzuki di Stadium Sultan Mizan sabtu ini.Sama-sama kita nanti dan sama-sama kita penuhi Stadium Sultan Mizan Sabtu ini untuk bersama-sama dengan pemain melunaskan misi, mara ke peringkat suku akhir. Penyokong-penyokong Terengganu diingatkan supaya memakai pakaian hitam atau putih untuk sama-sama menaikkan semangat juang pemain-pemain kita.

Ayuh, wira-wira...sahutlah cabaran, tekadkan azam, bulatkan minda, fokus terarah...kemenangan dicari.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?