SEO Header Title

PENYU KECEWA DI SHAH ALAM: TEWAS 0-2 PDF Print E-mail
Written by DatukYah   
Friday, 18 July 2008
Shah Alam. 18hb. Julai 2008. Hasrat sebilangan besar peminat setia Terengganu yang hadir malam tadi untuk menyaksikan adunan resepi baru Mohd Nik dan Ku Marzuki, tidak kesampaian apabila tunduk 0-2 kepada tuan rumah Selangor Darul Ehsan dalam saingan Piala Malaysia peringkat Kumpulan A di Stadium Shah Alam.

Biarpun begitu, seawal minit ke2 Ashaari yang masih segar daripada kunjungan ke Tembok Besar China, telah terlebih dahalu menghidu peluang tetapi bola umpanannya sekadar singgah tepat ke dakapan Megat Amir. Minit ke11- bola lambungan daripada Ismail kepada Manaf yang berjaya melarikan ke sebelah kiri gol dan menyilang ke tengah dimana Kit Kong menunggu namun dia mensia-siakan peluang terbuka apabila sepakan bergulungya melayang tinggi. Manakala minit ke22 lorongan Jocian kepada Manaf namun Megat terlebih dahulu menerpa keluar dan menyelamatkan keadaan. Sepakan percuma yang diperolehi selang seminit kemudian daripada jarak 25meter pula gagal dimanfaatkan oleh Zairo sekadar keluar sebelah kanan gol Selangor.

Manaf yang sering kali menghuru hara benteng Selangor terpaksa dikeluarkan setelah menerima asakan berterusan daripada pemain lawan dan digantikan dengan Wan Aliff pada minit ke34. Dua percubaan Terengganu pada minit ke 36 dan 37 berakhir dengan perangkap offside yang memerangkap Kit Kong dan Wan Aliff. Hasil satu pergelutan depan gol, Seator berjaya menipu barisan Terengganu yang merantainya lalu meledak deras ke penjuru kiri gol tanpa dapat ditahan oleh Sarbini untuk gol pertama tuan rumah. Terengganu nyaris menyamakan keadaan seminit kemudian namun bola percubaan cantik Ashaari terkena bek Selangor dan terkeluar disebelah kiri gol. Dua sepakan sudut diperolehi Penyu pada saat2 terakhir separuh masa pertama perlawanan gagal dimanfaatkan.

Separuh masa kedua, pada minit ke49, melalui sepakan percuma disebelah kanan gol berhampiran kotak tengah disambut Jocian yang berjaya mengelecek bek Selangor daripada sebelah kiri gol namun beliau merembat sekuat hati dan bola melencong jauh daripada kawasan gol tanpa dapat disudahi mana2 pemain Penyu. Selang dua minit "dummy" Kit Kong kepada Zairo pula tepat ke dakapan Megat. Minit62, Ashaari berjaya melarikan bola daripada sebelah kiri lalu menghantar cantik kepada Wan Alif yang menanduk kencang tetapi terus ke dakapan Megat. Lima minit kemudian, Megat berjaya menahan dua asakan pantas Terengganu melalui Wan Aliff dan Kit Kong. Ashaari dijatuhkan pada minit ke69 dalam serangan balas Terengganu namun tidak diendahkan oleh pengadil yang meneruskan perlawanan dan serangan balas balik Selangor terus tepat ke Akmal Rizal yang meledak kencang untuk gol kedua tuan rumah.

Terengganu melakukan dua pertukaran pada minit ke 77 dan 82 dengan mengeluarkan Jocian serta Ismail dan mengantikan dengan Ghulam serta Nordin. Tetapi asakan bertali arus Selangor yang kerap kali dinafikan oleh Sarbini yang bertindak cemerlang menepis cubaan lawan disamping percubaan serong berjaya menyelamatkan Terengganu daripada dirundung malang. Kehampaan Terengganu berterusan apabila sepakan sudut KitKong 2 minit sebelum tamat, melencong keluar daripada kawasan gol Selangor. Baki 2 minit tambahan masa pula gagal diekploitasikan oleh anak buah Mohd Nik untuk mencari gol saguhati sebagai penyejuk hati para penyokong Hitam Putih yang jelas terganggu dengan corak permainan pelawat yang tidak sebagaimana yang diharapkan.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?