SEO Header Title

Liga FAM 2007/08 - T-TEAM Juara PDF Print E-mail
Written by MOHD HANAFFI   
Monday, 14 July 2008




Melaka , 13th Julai , Pasukan Kelab Bolasepak Kuala Terengganu atau lebih dikenali pasukan T-Team hanya memerlukan tempoh dua musim untuk bergelar juara dalam piala FAM 2007/08.

Kejayaan yang tidak disangka-sangka oleh pihak pengurusan yang dikawal dan dipantau oleh badan sukan negeri Terengganu iaitu Majlis Sukan Negeri merupakan satu bonus dan tahun gemilang buat Majlis Sukan Negeri yang baru sahaja merayakan kejayaan menjuarai sukan SUKMA 2008 yang baru selesai sebulan yang lalu dan kini mereka meraih satu lagi kegemilangan dalam sukan bolasepak untuk terus mengharumkan nama negeri Terengganu.

Projek MSN yang mencari bakat-bakat dari seluruh daerah negeri Terengganu pada tahun 2005 yang gagal mendapat peluang untuk menyertai pasukan liga super Terengganu , kini telah menuaikan hasil yang singkat dimana para pemain yang semuanya anak watan Terengganu terus mempamerkan peningkatan dari musim pertama hingga ke musim kedua dimana prestasi yang amat memberangsangkan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak buat bekas pemain legenda Terengganu iaitu En.Badrulhisham Abdullah dan dibantu oleh bekas pemain pertahanan kental Liga Super Terengganu iaitu Zulharisan Awang pada musim ini.

Jika musim pertama , para pemain mempamerkan aksi yang gugup kerana kali pertama beraksi diperingkat liga nasional namun dari satu perlawanan ke satu perlawanan mereka terus menunjukkan prestasi yang positif. Jika musim lalu banyak keputusan perlawanan yang diharungi dengan seri dan menang tipis dengan jaringan gol yang kecil tetapi amat berbeza sekali dengan jumlah gol yang dihasilkan pada musim ini , purata jaringan yang diciptakan dalam setiap perlawanan ialah 3 gol.

Dalam perlawanan terakhir liga malam tadi di Stadium Hang Jebat , Melaka . Pasukan T-Team bertemu dengan pasukan Kor RAMD dan berjaya membenam mereka dengan jaringan yang besar iaitu 6-0. Beberapa pemain yang menjadi nadi kejayaan pasukan ini dilihat mampu memajukan karier bolasepak mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Prestasi yang dipamerkan tidak kurangkan jika dibandingkan dengan pemain dari Liga Perdana dan Liga Super.

Kelayakan mereka memasuki liga perdana secara automatik pastinya memberi satu cabaran baru yang lebih mencabar untuk dihadapi oleh pemain-pemain ini namun berkat pengalaman dan keyakinan serta keinginan yang tinggi untuk berjaya, kami yakin mereka mampu bersaing dengan pasukan di Liga Perdana yang lebih kuat dari mereka.

Harapan kami , pemain-pemain ini terus bersama dan bersatu hati menaikkan nama pasukan kelab dari negeri ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
 
Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?